Hartanah

Piala FA: KDA FC gagal mara pusingan kedua

WhatsApp Image 2023 03 09 at 12.17.37 AM

rumahkabin black

ALOR SETAR – Kekentalan penjaga gol Penang FC, Shafiq Afifi Suhaimi menghalang sepakan Lee Tuck dan Bojan Ciger meranapkan impian Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk melangkah ke pusingan kedua Piala FA apabila tewas 4-3 dalam penentuan sepakan penalti, sebentar tadi.

Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam tempoh 120 minit perlawanan, meskipun Sang Kenari tampak lebih menguasai perlawanan.

Sebaik bermula perlawanan, kesungguhan KDA FC untuk menebus kekecewaan mereka akibat tewas kepada PDRM FC dalam saingan Liga Super Sabtu lalu, cukup jelas apabila mereka terus melancarkan serangan bertali arus.

Hasilnya, pasukan bimbingan Mohd. Nafuzi Zain itu berjaya membuka jaringan menerusi percubaan tepat pertama mereka pada minit ke-8 hasil hantaran lintang pemain pertahanan kiri, Muhammad Ariff Farhan Md. Isa ke dalam kotak penalti Penang FC ditanduk keluar Rafael Vitor.

Namun bola ditanduk pertahanan dari Brazil itu tiba tepat kepada Kapten KDA FC, Manuel Ott di luar kotak penalti yang tidak berlengah melepaskan rembatan melepasi jangkauan penjaga gol pelawat, Shafiq Afifi Suhaimi.

Di sebalik keghairahan KDA FC menyerang, Sang Harimau Kumbang sebaliknya memperoleh gol pertama mereka pada minit ke-21 setelah tonggak pertahanan KDA FC, Mohd. Akmal Dzahir tergelincir ketika membuat kawalan terhadap pemain sayap kiri Penang FC dari Lubnan, Hassan Soony Saad.

Hassan lalu tidak melepaskan peluang untuk membawa bola tersebut meluru ke dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan leret deras, namun percubaan itu terkena kaki kiri penjaga gol Sang Kenari, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi sebelum singgah tepat ke kaki rakan sepasukannya dari Brazil, Giovane Gomes Da Silva yang mudah menolak masuk ke gawang kosong untuk gol penyamaan.

Penang FC memiliki peluang terakhir untuk mendahului pada minit terakhir babak pertama apabila Hassan Soony dijatuhkan tonggak tengah KDA FC dari Tajikistan, Amirbek Juraboev betul-betul di luar kotak penalti tuan rumah.

Sepakan percuma diambil sendiri Hassan bagaimanapun sedikit melewati palang untuk kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada separuh masa pertama.

Penyokong tuan rumah bagaimanapun tiba-tiba terkedu pada minit ke-67 apabila Penang FC berjaya menjaringkan gol kedua melalui Hassan.

Gol dicari tuan rumah untuk mengheret permainan ke masa tambahan akhirnya berjaya diperoleh pada minit ke-89 apabila Manuel Ott melepaskan rembatan deras dari luar kotak penalti yang menewaskan Shafiq Afifi, sekali gus menghidupkan semula gema sorakan di Darul Aman.

Perlawanan yang berlarutan ke penentuan sepakan penalti selepas itu menyaksikan empat pemain Penang FC iaitu Zaw Min Tun, Rafael Vitor, Muhammad Hadin Azman dan Mohammad Faris Shah Mohd. Rosli berjaya menyempurnakan tugasan diberikan.

Ketika Hidalgo, Balotelli dan Juraboev berjaya melakukan sepakan penalti sempurna, tendangan Lee Tuck dan Ciger ke bahagian kiri gawang pula berjaya dihalang Shafiq Afifi untuk mengecewakan penyokong setia Hijau Kuning.  – KOSMO! ONLINE

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link