Hartanah

SPRM sahkan Muhyiddin didakwa esok

Muhyiddin 5

rumahkabin black

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal didakwa di mahkamah esok, dipercayai berkaitan isu salah guna kuasa yang dikaitkan dengan beliau.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang menjelaskan, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu akan didakwa di mahkamah esok, selepas memberi keterangan di sini.

“Esok beliau dijangka akan didakwa. Bukan hari ini,” katanya ketika dihubungi pengamal media, hari ini.

Difahamkan, SPRM akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Setakat ini, selepas hampir dua jam, Muhyiddin dilaporkan masih berada di SPRM bagi memberi kenyataan.

Terdahulu, Muhyiddin dilaporkan tiba di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 11.15 pagi.

Ketibaan beliau dengan menaiki kereta jenis Toyota Alphard turut disambut ratusan penyokong Perikatan Nasional (PN) yang mula berkumpul di luar Ibu Pejabat SPRM seawal pukul 9 pagi tadi.

Difahamkan, Muhyiddin hadir di SPRM pada hari ini, bagi memberi keterangan berhubung siasatan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Semalam, Muhyiddin membidas kenyataan dakwaan bahawa dia telah ditahan SPRM semasa bermain golf.

“Saya ingin menjelaskan berita saya ditahan di padang golf hari ini (semalam) yang disebarkan oleh sebuah portal berita adalah palsu.

“Hari ini saya hadir ke beberapa mesyuarat berkaitan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu yang akan bermula Jumaat ini.

“Bagaimanapun, Khamis saya diminta ke Ibu pejabat SPRM pada pukul 11 pagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link