Hartanah

[VIDEO] Ramai tersentuh murid bantu suap kawan kudung makan

[VIDEO] Ramai tersentuh murid bantu suap kawan kudung makan

rumahkabin black

PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan seorang murid menyuapkan makanan kepada rakannya yang kudung menyentuh hati orang ramai.

Rakaman berdurasi 19 saat itu turut tular di media sosial. Bagaimanapun, tidak dinyatakan di manakah video tersebut dirakam.

Menerusi rakaman itu, kelihatan seorang murid lelaki membantu memegang makanan rakannya yang kudung kedua-dua belah tangan.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna terharu dengan kelakuan murid tersebut yang dikatakan amat mulia dan wajar dicontohi.

“Mulianya hati awak adik. Terharu tengok awak bantu mudahkan kawan awak nak makan. Sangat istimewa,” kata Ric.

“Ini yang dikatakan sahabat sejati,” kata Mud.

“Harapnya lebih ramai anak-anak yang sedang menempuh zaman mereka membesar dengan hati yang baik dan prihatin dengan orang lain. Terbaik adik,” kata Mas.

“Kasih anak. Tahniah kepada ibu bapa dan orang sekelilingnya. Andai kelak aku ada rezeki anak dan tuhan anugerahkan dia kekurangan, aku doa dia dapat kawan-kawan macam ini. Amin,” doa Cherrie.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 100,000 kali. – KOSMO! ONLINE.

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link