Hartanah

44,934 mangsa masih berada di 173 PPS seluruh Johor

44,934 mangsa masih berada di 173 PPS seluruh Johor

rumahkabin black

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di negeri ini semakin berkurangan kepada 44,934 penduduk daripada 12,699 keluarga setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Jumlah itu mencatatkan penurunan berbanding 45,218 penduduk daripada 12,781 keluarga yang direkodkan pada 8 pagi tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, kesemua mangsa tersebut ditempatkan di 173 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah terjejas.

Katanya, ia melibatkan daerah Segamat, Mersing, Kluang, Batu Pahat, Muar dan Tangkak.

“Batu Pahat merupakan daerah terjejas teruk dilanda banjir ketika ini dengan 38,135 penduduk daripada 10,683 keluarga di 111 PPS.

“Turut terjejas ialah Muar dengan seramai 3,432 penduduk daripada 1,022 keluarga diikuti Tangkak (2,073 mangsa daripada 675 keluarga), Segamat (1,019 mangsa daripada 255 keluarga), Mersing (219 mangsa daripada 53 keluarga) dan Kluang (56 mangsa daripada 11 keluarga),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, Johor merekodkan lima kematian di empat daerah sejak banjir melanda minggu lalu.-KOSMO! ONLINE

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link