Infotainment

Netizen Tuduh Sikap Kurang Ajar, Provok Suami & Buka Aib Punca Shuhada Ditumbuk Hafidz?

Netizen Tuduh Sikap Kurang Ajar, Provok Suami & Buka Aib Punca Shuhada Ditumbuk Hafidz?

rumahkabin black

Netizen Tuduh Sikap Kurang Ajar, Provok Suami & Buka Aib Punca Shuhada Ditumbuk Hafidz?

Kemelut rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri masih menjadi bualan hangat netizen di media sosial. Shuhada juga dilihat terbuka membuat pendedahan berhubung masalah rumah tangga yang dilaluinya sebelum ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Percayalah Selepas Hujan Pasti Ada Pelangi’- Bella Astillah Titip Ucapan Kepada Shuhada Sempena Hari Wanita

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuhada Terkejut Tengok Keputusan ‘Scanning’ Klinik, Netizen Dakwa Penyondol Hamil?

Netizen tuduh Shu kurang ajar?

Screenshot 2023 03 10 at 9.00.50 AM

Menerusi laporan satu laman portal, terdapat beberapa individu menuding jari dan menganggap Shuhada atau lebih mesra dengan panggilan Shu bersikap kurang ajar dan sengaja menimbulkan provokasi terhadap Hafidz. Tuduhan tidak berasas itu ditinggalkan oleh beberapa individu menerusi ruangan komen. Tidak cukup dengan itu, mereka juga akui kurang senang dengan tindakan Shu yang dikatakan membuka aib rumah tangga.

Tidak terhenti di situ, ada segelintir daripada netizen mendakwa provokasi yang dicetuskan oleh Shu menjadi punca Hafidz hilang sabar sehingga nekad mengasarinya.

Terdahulu, Shuhada telah menerima 10 jahitan di mukanya selepas ditumbuk sebanyak tiga kali oleh Hafidz ketika mereka dalam kereta di kawasan rehat dan rawat (R&R) di sekitar Sungai Buloh, Selangor.

Kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila Nurul Shuhada mendedahkan suaminya ada hubungan dengan wanita bernama Athira Yuhada.

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6 dan Umar, 2.

Komen

181023d00srcyq94qrsycq

Sumber: Portal Cari

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link