Infotainment

Proses pertuduhan babit Muhyiddin berjalan lancar

Proses pertuduhan babit Muhyiddin berjalan lancar

rumahkabin black

KUALA LUMPUR : Keadaan di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini berada dalam terkawal meskipun perkarangan bangunan itu dibanjiri oleh penyokong-penyokong Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BEH ENG LAI new 600x389
BEH ENG LAI

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata berkata, proses pertuduhan membabitkan bekas Perdana Menteri itu berjalan dengan baik.

Kata beliau, orang awam yang datang menyokong Ahli Parlimen Pagoh itu juga tidak menimbulkan sebarang provokasi.

“Penyokong beliau memberi kerjasama baik dengan pihak polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sejak pukul 8.30 pagi tadi, kira-kira 200 orang hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur bagi menunjukkan tanda sokongan kepada Muhyiddin. 

Mereka memakai baju-T dengan slogan ‘Kami Bersama Abah’ dan menggunakan tanda pagar #AbahTabah di selempang berwarna merah. 

Muhyiddin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM232.5 juta dan pengubahan wang haram berjumlah RM195 juta.

Muhyiddin, 76, didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya menerima rasuah dan dua pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu, yang juga Pengerusi Perikatan (PN) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Azura Alwi.-utusan

 

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link