Pelaburan

Remaja lelaki maut rempuh lembu

Remaja lelaki maut rempuh lembu

rumahkabin black

GUA MUSANG – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut selepas motosikal dinaikinya merempuh seekor lembu di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Sik Choon Foo berkata, Mohamad Adam Haikal Mohamad Asri, berasal dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil, mengalami kecederaan di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Chiku 3, 9.55 malam tadi.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha YI5Z dari arah Chiku 3 menuju ke Chiku 2 dan apabila tiba di tempat kejadian remaja terbabit melanggar seekor lembu yang sedang melintas jalan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan maut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan penternak lembu supaya tidak membiarkan haiwan peliharaan mereka berkeliaran pada waktu malam kerana dikhuatiri mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.

“Penternak yang membiarkan haiwan ternakan berkeliaran di jalan raya dan kawasan perumahan boleh didakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar di bawah Enakmen Kawalan Kerbau Lembu 2001 dan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 289 Kanun Keseksaan, sekiranya berlaku kemalangan,” katanya. – Bernama

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link