Infotainment

TNG eWallet Perkenal Fungsi Bayar Parkir Dengan Imbas QR

TNG eWallet Perkenal Fungsi Bayar Parkir Dengan Imbas QR

rumahkabin black

Touch n Go eWallet kini telah memperkenalkan sebuah lagi sokongan baharu, dinamakan sebagai “Scan QR In/Out Parking”. Melaluinya, ia membolehkan para pengguna dompet digital Touch n Go eWallet untuk mengimbas kod QR ketika ingin memasuki sesuatu tempat parkir kenderaan, dan melakukan pembayaran terus menggunakan dompet digital berkenaan.

Dengan penawaran ciri ini, ia sekaligus memberikan alternatif kepada pengguna, dan tidak lagi perlu mengambil tiket dan beratur panjang ketika ingin membayar tiket pada mesin khususnya.

TNG eWallet Perkenal Fungsi Bayar Parkir Dengan Imbas QR
TNG eWallet Perkenal Fungsi Bayar Parkir Dengan Imbas QR 3

Untuk menggunakannya, ketika memasuki sesuatu lokasi parkir, pengguna perlu perlihatkan kod QR mereka ke pengimbas di parkir berkenaan, dan seterusnya, sekali lagi mengulangi proses pada palang keluar parkir. Pembayaran akan dilakukan mengikut Touch n Go eWallet.

Pihak TNG turut mengatakan tiada sambungan internet diperlukan untuk imbasan kod QR, dan pengguna akan dihantar dengan notifikasi memaklumkan bayaran. Sekiranya bateri peranti habis, maka pengguna perlu ke pejabat pengurusan parkir, dan memberitahu nombor telefon TNG eWallet anda untuk mereka mengeluarkan tiket parking bagi bayaran manual.

Buat masa ini, Touch n Go eWallet telah memperkenalkan sokongan “Scan QR In/Out Parking” ini di sekitar 70 lokasi, termasuk di beberapa parkir LRT, Maju Junction Mall, Pertama Complex, Hentian Duta, Campbell Complex, Kompleks Bukit Jambul, Four Points Desaru, dan banyak lagi. Lokasi parkir baharu juga dijangka ditambah dari hari ke hari.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link