Infotainment

Muhyiddin tak perlu lepas jawatan Presiden Bersatu

Muhyiddin tak perlu lepas jawatan Presiden Bersatu

rumahkabin black

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dijangka membuat keputusan petang ini sama ada Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini berdepan tuduhan kes rasuah di mahkamah boleh mengekalkan jawatannya.

Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, beliau secara peribadi berpendirian Muhyiddin tidak perlu melepaskan jawatan Presiden.

“Pendirian saya adalah beliau boleh kekal sebagai presiden kami kerana beliau belum dibuktikan bersalah.

“Muhyiddin menyerahkan kepada  Majlis Tertinggi untuk membuat keputusan, jadi harap Majlis Tertinggi membuat keputusan sebaiknya,” katanya selepas menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu di sini hari ini.

Semalam, Muhyiddin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM232.5 juta dan pengubahan wang haram berjumlah RM195 juta.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, terdapat banyak tanda tanya yang boleh dikemukakan bagi pendakwaan Muhyiddin. 

“Kami akan mulakan siri Jelajah Rakyat untuk menerangkan situasi yang berlaku ketika ini kepada pengundi-pengundi kami khususnya dan juga rakyat Malaysia bahawa ini merupakan pertuduhan atau pemangsaan politik.

“Kalau kita lihat semua pertuduhan semalam, ada banyak persoalan dan antaranya, presiden kami dipanggil pada hari Khamis. Dia baru disoal siasat mengenai pengecualian cukai bagi sebuah yayasan. 

“Pada hari yang sama, keizinan untuk mengeluarkan waran untuk beliau sudah ada. Bagaimana boleh didakwa sedangkan soal siasat belum selesai?” soalnya. – UTUSAN

 

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link