Pelaburan

Pas, Bersatu P.Pinang akan bertanding 15 kerusi majoriti Melayu

Pas, Bersatu P.Pinang akan bertanding 15 kerusi majoriti Melayu

rumahkabin black

KEPALA BATAS – Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pulau Pinang akan bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) majoriti Melayu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Pesuruhjaya Pas negeri, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, persefahaman pembahagian 15 kerusi itu telah dicapai dalam satu perbincangan baru-baru ini namun spesifikasi DUN yang akan ditandingi belum dimuktamadkan.

Jelas beliau, baki 25 DUN lain melibatkan kerusi campuran akan dimuktamadkan bersama parti komponen Perikatan Nasional (PN) iaitu Gerakan dalam usaha merampas kerajaan negeri daripada Pakatan Harapan (PH).

“Alhamdulillah, kita mencapai kata sepakat dalam rundingan ini malah, apa yang telah kita lakukan diketahui pimpinan atasan.

“Antara kerusi-kerusi tersebut sudah tentu kerusi penyandang serta kerusi yang berpotensi untuk dikuasai pada PRN nanti,” katanya pada sidang media di Kompleks Tarbiyah Pas negeri di Pongsu Seribu, di sini, malam tadi.

Terdahulu Pas negeri menganjurkan Himpunan Gelombang Hijau peringat Pulau Pinang.

470E83DE CD83 4B7D 8BE9 0CD8C9B86A97 1024x768
Orang ramai berkumpul pada Himpunan Gelombang Hijau di Kompleks Tarbiyah Pas negeri di Pongsu Seribu, Kepala Batas malam tadi.

Muhammad Fauzi berkata, gelombang hijau serta momentum kebangkitan rakyat kepada PN akan dimobilisasi sehingga PRN.

Mengulas soal calon, Muhammad Fauzi berkata, nama calon yang dikemukakan menerusi bank calon akan dihantar kepada Majlis Syura Ulamak Pas untuk dimuktamadkan.

Kata beliau, pihaknya juga sedang mengatur strategik termasuk mengenal pasti calon berwibawadalam kalangan Muslimat (wanita) serta ahli Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) bagi mengusai DUN tertentu.

“Jumlah 40 kerusi DUN Pulau Pinang ditolak 15 kerusi Melayu baki kerusi campuran jadi banyak lagi kerusi-kerusi yang dipertandingkan.

“Pada Plihan Raya Umum Ke-14 kita bertanding 21 kerusi kerana pada masa itu kita bersendirian tetapi kini kita ada parti komponen lain jadi kita nak semangat untuk bersama-sama membangunkan dan membela rakyat di Pulau Pinang,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Fauzi mengesahkan namanya antara dikemukakan kepada Majlis Syura Ulamak Pas namun beliau enggan mengulas kerusi DUN yang akan ditandingi. – MalaysiaGazette

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link