Hartanah

Penang FC tetap bermaruah walau dibaham Selangor

Penang FC tetap bermaruah walau dibaham Selangor

rumahkabin black

GEORGE TOWN – Meskipun Penang FC kecundang ke atas skuad Selangor FC 1-2 pada perlawanan Liga Super 2023 yang berlangsung di Stadium Bandaraya di sini petang tadi, namun kekalahan itu tetap disifatkan sebagai bermaruah.

Walaupun gagal memperoleh kemenangan di laman sendiri, pasukan kendalian Ketua Jurulatih, Chong Yee Fatt itu bagaimanapun berjaya memukau kehadiran kira-kira 4,919 penyokong skuad Harimau Kumbang.

Pada perlawanan itu, skuad Gergasi Merah berjaya membuka tirai kemenangan menerusi ledakan penyerangnya, Ayron del Valle pada minit ke-28.

Kedua-dua pasukan dilihat enggan menyerah kalah selain membuat lontaran balas yang dramatik sehingga wisel tamat separuh masa pertama dibunyikan.

Memasuki babak kedua perlawanan, skuad Penang FC beraksi garang dengan berjaya menyamakan gol menerusi tandukkan Rafael Vitor hasil sepakan percuma pada minit ke-87.

Namun, hasrat pasukan tuan rumah untuk menyamakan kedudukan tidak membuahkan hasil apabila Selangor FC melakukan jaringan menerusi sayap tengahnya, Noor Al-Rawabdeh pada minit ke-89.

Kekalahan Penang FC dalam perlawanan keempat itu telah meletakkan mereka di kedudukan ke-10 liga manakala Selangor kini di tangga kedua dengan didahului pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). – KOSMO! ONLINE

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link