Pelaburan

10 lelaki Myanmar kendalikan dua bot nelayan ditahan

10 lelaki Myanmar kendalikan dua bot nelayan ditahan

rumahkabin black

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan dua bot nelayan tempatan yang dikendalikan warga Myanmar  pada kedudukan 32 batu nautika Barat Laut Pulau Kendi di sini, semalam.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, penahanan itu dibuat oleh Kapal Maritim Malaysia ketika melakukan pemeriksaan dalam rondaan rutin Op Pertiwi dan Op Tanjung.

Jelas beliau, pemeriksaan mendapati, terdapat 10 warga Myanmar berusia lingkungan 20 hingga 41 tahun dalam dua bot yang berpangkalan di Bagan Hutan Melintang, Perak.

72E76D87 482F 4C7C 8032 BEE9AE09A50F
Bot yang dikendalikan warga asing itu disita untuk siasatan lanjut.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tekong dan kesemua kru dua bot itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri serta permit kebenaran menggajikan kru warga asing.

“Selain itu, pemilik bot juga disyaki melakukan kesalahan membenarkan warga asing tinggal dalam bot milik mereka.

“Susulan itu, kesemua 10 warga Myanmar itu ditahan sebelum dibawa ke Jeti Pusat Tahanan Vesel Maritim negeri untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Turut disita satu tan hasil laut dalam milikan kedua-dua bot berkenaan.

Tambah Abd Razak, tangkapan dilakukan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan warga asing tanpa kebenaran. – MalaysiaGazette

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link