Hartanah

Wanita paling tertekan ketika pandemik

Wanita paling tertekan ketika pandemik

rumahkabin black

LONDON – Satu kajian baharu yang diterbitkan minggu ini mendapati masalah kesihatan mental yang dialami akibat pandemik Covid-19 memberikan kesan minimum terhadap beberapa golongan, lapor akhbar Metro UK semalam.

Kajian diterbitkan dalam jurnal British Medical Journal itu dilakukan dengan menilai 137 kajian kesihatan mental di negara-negara berpendapatan tinggi di Benua Eropah dan Asia.

Pasukan penyelidik membandingkan kegelisahan dan tahap kemurungan sejak Januari 2021 dengan dua tahun sebelumnya.

Hasilnya mendapati secara amnya, kesihatan mental tidak berubah secara drastik.

“Pada peringkat populasi, terdapat daya tahan yang tinggi ketika Covid-19.

“Perubahan dalam kesihatan mental am, gejala-gejala keresahan dan kemurungan adalah minimum dan kecil,” kata kumpulan penyelidik dari beberapa universiti di Kanada.

Tambah mereka, golongan wanita mengalami keadaan kesihatan mental paling teruk terutamanya apabila mereka terbeban dengan banyak kerja rumah seperti menjaga anak serta menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Sementara warga emas, pelajar universiti dan golongan lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) pula menyaksikan tekanan dialami mereka semakin meningkat secara ketara dengan tahap minimum hingga kecil.

Penemuan kajian itu mengingatkan semula mengenai idea ‘daya ketahanan manusia’ bahawa sokongan sosial dan harapan yang kuat boleh membantu orang ramai menghadapi tempoh sukar dalam kehidupan. – Agensi 

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link