Hartanah

General Motors mahu bina kereta boleh bercakap

General Motors mahu bina kereta boleh bercakap

rumahkabin black

WASHINGTON – Sebuah syarikat automotif dari Amerika Syarikat, General Motors (GM) merancang untuk membangunkan teknologi kepintaran buatan (AI) yang dipasang pada kenderaan bagi membolehkan ia bercakap dengan pemandu, lapor akhbar Daily Star semalam.

Naib Presidennya, Scott Miller berkata, syarikat itu kini bekerjasama dengan gergasi teknologi, Microsoft bagi membangunkan teknologi chatbot untuk kenderaan keluarannya.

“ChatGPT akan berada di mana-mana sahaja,” katanya.

Menurut Miller, teknologi tersebut akan digunakan untuk membantu pemandu mengawal ciri kenderaan termasuk pendingin hawa atau pemanas serta mengunci atau membuka kunci pintu garaj.

Selain itu, ia juga boleh melakukan tugasan mudah seperti memberi arahan mengenai cara-cara menukar tayar sekiranya pancit atau membuat temu janji dengan bengkel terdekat.

Chatbot yang diaktifkan oleh suara itu dijangka menggunakan perkhidmatan Azure Microsoft termasuk alat AI yang menguasakan ChatGPT.

“Peralihan ini bukan sekadar keupayaan tunggal seperti evolusi arahan berdasarkan suara. Namun sebaliknya, pelanggan boleh mengharapkan kenderaan masa hadapan lebih berkeupayaan dan canggih secara keseluruhan apabila berkaitan dengan teknologi baru muncul,” kata seorang jurucakap GM.

ChatGPT merupakan chatbot AI lanjutan yang dihasilkan oleh syarikat diasaskan bilionair, Elon Musk iaitu OpenAI.

Satu versi ChatGPT kini boleh didapati di pencarian Bing Microsoft yang telah mencetuskan pelbagai reaksi mengenai tingkah laku tulen dan tindak balas luar biasanya. – Agensi 

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link