Hartanah

Kerajaan teliti hubungan waris Kesultanan Sulu dengan kumpulan pengganas RSF

Kerajaan teliti hubungan waris Kesultanan Sulu dengan kumpulan pengganas RSF

rumahkabin black

PUTRAJAYA – Kerajaan kini sedang meneliti semua langkah sedia ada untuk menentang pihak penuntut yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu dalam usaha untuk memelihara kedaulatan negara.

Sekretariat Khas Sulu dalam kenyataan berkata, semakan juga dibuat bagi menentukan sekiranya mana-mana daripada lapan orang penuntut itu mempunyai pertalian, hubungan kekeluargaan atau waris kepada kumpulan Tentera Kesultanan Sulu (RSF).

“Kumpulan RSF ini telah dihukum oleh mahkamah dalam kes pencerobohan Lahad Datu, Sabah sebelum ini malah turut diisytiharkan sebagai kumpulan pengganas oleh Kerajaan Malaysia sejak April 2022.

“Tindakan undang-undang yang telah diambil oleh penuntut-penuntut itu sehingga kini, terutamanya timbang tara komersial yang dijalankan juga adalah tidak wajar dari segi perundangan malah telah mencabar kedaulatan negara secara langsung,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut sekretariat berkenaan, sebarang tindakan yang telah diambil oleh penuntut itu melalui timbang tara komersial adalah bersifat ‘mala fide’ memandangkan pihak Sulu pada 1939 pernah menghadap Mahkamah Tinggi Borneo Utara untuk pertikaian yang terbangkit pada masa itu.

“Kerajaan Malaysia ingin menegaskan bahawa hak dan tuntutan tersebut adalalah tidak sah, telah terbatal dan ditamatkan melalui pelaksanaan hak penentuan nasib (self-determination) oleh rakyat Sabah melalui perundingan Suruhanjaya Cobbold pada 1962 serta pembentukan Persukutuan Tanah Malaysia pada 1963.

“Perjanjian 1878 yang telah dijadikan asas untuk timbang tara yang dijalankan di Sepanyol dan Perancis juga tidak mempunyai sebarang klausa timbang tara dan bukan sebuah kontrak komersil,” katanya.

Tegas sekretariat itu lagi, pertikaian yang berbangkit ini melibatkan kedaulatan negara dan Malaysia tidak pernah pada mana-mana ketika mengenepikan kekebalan kedaulatannya selain penimbang tara tidak mempunyai kuasa untuk menyelesaikan perkara yang dibawa oleh penuntut.

“Perkara ini adalah selaras dengan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Sabah bagi pihak Kerajaan Malaysia pada 14 Januari 2020.

“Kerajaan Malaysia tidak akan berkompromi terhadap aspek kedaulatan dan keselamatan negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link