Infotainment

Spesifikasi Lengkap Samsung Galaxy A54 5G Tertiris

Spesifikasi Lengkap Samsung Galaxy A54 5G Tertiris

rumahkabin black

Samsung Galaxy A54 5G akan dilancarkan dalam masa terdekat dengan ia diacah menerusi laman Samsung sendiri. Seperti biasa, apabila pelancaran semakin hampir maklumat mengenai peranti mula tertiris ke arena web. Malam ini akhirnya spesifikasi lengkap A54 5G telah tertiris menerusi laman di Eropah.

Spesifikasi Lengkap Samsung Galaxy A54 5G Tertiris
Spesifikasi Lengkap Samsung Galaxy A54 5G Tertiris 3

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 6.4″ SAMOLED 120Hz FHD+, dijana cip Exynos 1380. memori sehingga 8GB, storan sehingga 256GB dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan 25W.

Kamera utama menggabungkan sensor 50 sudut lebar dengan OIS, ultra sudut lebar 12MP dan makro 5MP. Ia kemudiannya dipadankan dengan kamera hadapan 32MP yang agak besar. Ciri menarik lain yang disertakan ialah kemampuan kalis air serta debu IP67 dan pengimbas cap jari bawah skrin. Peranti turut mempunyai sokongan kad mikro SD sehingga 1TB. Yang tiada hanyalah bicu audio kerana ia dihentikan sejak model tahun lau.

Dari segi rekaan pula ia amat mirip dengan Galaxy S23 dan Galaxy S23+. Di Eropah harga jualan peranti bermula daripada 499 Euro (~RM2421) sebuah.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link