Infotainment

FAM belum terima aduan kad merah Kim Swee

FAM belum terima aduan kad merah Kim Swee

rumahkabin black

PETALING JAYA: Selepas tiga hari insiden kontroversi yang menyaksikan pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee dilayangkan kad merah oleh pengadil, Noor Azriel Baharuddin menjadi bualan hangat peminat bola sepak negara, Persa­tuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih tidak menerima sebarang aduan.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman menjelaskan, bukan sahaja aduan, badan itu juga belum menerima laporan penuh insiden tersebut.

Tegasnya, jika berlaku ke­salahan tidak sepatutnya di­buat oleh engadil, mereka me­mandang serius perkara itu kerana FAM sentiasa berusaha memastikan mutu pengadilan terbaik disediakan dalam Liga Malaysia (Liga M).

“Kita belum menerima aduan daripada Sabah FC. Mengenai kad merah ia berdasarkan justifikasi pengadil yang ditugaskan dalam perlawanan itu.

“Laporan prestasi keseluruhan pengadil telah diterima dan akan diteliti. Jika dapat aduan dan menyaksikan terdapat kesilapan, kita akan bawa perkara ini kepada jawatankuasa penilai­an prestasi pengadil,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kim Swee menjadi jurulatih kedua musim ini menerima kad merah selepas Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC Nafuzi Zain menjadi individu pertama membuka akaun ketika pasukannya tewas 0-1 bertemu PDRM, Sabtu lalu.

Difahamkan Kim Swee telah beberapa kali mengganggu tugas pengadil, selain mengeluarkan kata-kata kesat dan didakwa melakukan ugutan kepada pengadil bertugas.

Ketika ditanya mengenai hukuman kepada Kim Swee dan pengadil jika berlaku kesilapan, Azman menjelaskan ia sama seperti kes-kes sebelum ini.

Jelasnya, FAM sentiasa berusaha keras memastikan mutu pengadilan Liga M berada di tahap terbaik kerana isu pengadilan tidak hanya berlaku dalam liga tempatan tetapi liga-liga terbaik dunia turut berdepan masalah sama.

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link