Pelaburan

Had harga minyak: Arab Saudi beri amaran

P3100055

rumahkabin black

RIYADH — Menteri Tenaga Arab Saudi Putera Abdulaziz bin Salman memberi amaran terhadap negara yang bercadang mengenakan had harga terhadap eksport minyak negara itu.

“Jika had harga dikenakan terhadap eksport minyak Arab Saudi, kami tidak akan menjual minyak kepada mana-mana negara yang mengenakan had harga kepada bekalan kami,” katanya.

Tambahnya semasa temubual bersama Energy Intelligence yang diterbitkan Selasa, Arab Saudi akan mengurangkan pengeluaran minyak.

Beliau juga mengulangi pendirian bahawa OPEC+ telah berusaha sedaya upaya dan berjaya membawa kestabilan dan ketelusan kepada pasaran minyak, terutamanya jika dibandingkan dengan pasaran komoditi lain.

“Rang undang-undang Nopec tidak mengiktiraf kepentingan memegang kapasiti berlebihan dan impak terhadap tindakan itu kepada kestabilan pasaran.

“Nopec juga akan menjejaskan pelaburan dalam kapasiti minyak dan menyebabkan bekalan dunia jatuh teruk pada masa depan. Kesan ini akan dirasai di seluruh dunia sama ada mereka negara pengeluar atau negara pengguna,” katanya lagi.

Arab Saudi secara proaktif telah memulakan langkah menambah kapasiti kepada 13.3 juta tong sehari menjelang 2027.

“Penambahan kapasiti telah pun dimulakan pada fasa kejuruteraan dan hasil pertama (peningkatan kapasiti) dijangka dapat dikeluarkan pada 2025,” katanya.- Saudi Gazette

 

 

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link