Hartanah

Jenazah mangsa kemalangan maut di Thailand dikebumi di P. Pinang

Jenazah mangsa kemalangan maut di Thailand dikebumi di P. Pinang

rumahkabin black

SEBERANG PERAI – Jenazah penunggang motosikal berkuasa tinggi yang maut dalam kemalangan di Prachuap Khiri Khan, Thailand semalam akan dikebumikan di Permatang Langsat, Kepala Batas di sini nanti.

Mohamad Razis Zakaria,42, yang bertugas sebagai kakitangan sebuah syarikat perkapalan di Sarawak itu dilaporkan menunggang sendirian ketika dalam perjalanan pulang ke tanah air sebelum motosikalnya dipercayai terbabas.

Isterinya, Salma Mohd Sobri, 31, berkata, bapa mentua dan adik iparnya kini berada di Thailand bagi menguruskan kepulangan jenazah ketika ini.

“Tidak pasti bila jenazah akan tiba di sini kerana jarak lokasi mereka dan sempadan negara terletak kira-kira 700 kilometer.

“Persiapan urusan jenazah di sini telah disediakan dan Insya Allah, arwah suami akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Berpusat Masjid Abdullah Fahim, Permatang Langsat,” ujarnya ketika ditemui di sini petang tadi.

Beritahu Salma lagi, dia tidak menyangka akan berita kematian suaminya memandangkan Mohamad Razis sebelum itu telah membuat tempahan dua ekor kambing untuk majlis aqiqah anak mereka yang dijangka lahir bulan depan.

“Kali terakhir saya hubungi arwah, dia memberitahu sedang dalam perjalanan pulang namun tidak lama kemudian, rakannya menghubungi saya dan memaklumkan arwah meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan,” ujarnya sebak.

Sementara itu, ibu mangsa, Chek Basah Sabri, 62, pula berkata, anaknya berada di Thailand sejak seminggu lalu bagi menghantar bantuan di beberapa maahad tahfiz di negara itu.

Menurutnya, arwah seorang yang aktif dalam kerja amal sejak berusia 21 tahun malah sudah lebih 15 tahun dia mengunjungi maahad tahfiz di sana untuk menyampaikan bantuan.

“Walaupun dia seorang yang pendiam namun sangat ringan tulang membantu keluarga termasuk membiayai kos pendidikan tujuh adiknya.

“Saya tinggal di Pantai Remis, Perak dan hanya mengetahui kejadian yang menimpanya selepas dihubungi rakannya kira-kira 10 pagi semalam.

“Kami sekeluarga terkejut kerana tiga anak perempuannya yang berusia antara 16 sehingga lapan tahun baharu sahaja kehilangan ibu pada tahun 2020 dan kini mereka juga kehilangan bapa,” ujarnya.

Mengulas lanjut, suri rumah itu berkata, arwah pernah menyatakan hasrat agar tiga anaknya itu tinggal bersamanya dalam pertemuan akhir pada minggu lalu dan tidak menyangka kata-kata itu menjadi kenyataan. – KOSMO! ONLINE.

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link