Hartanah

Kes ugut pengarah Mentega Terbang disiasat

Kes ugut pengarah Mentega Terbang disiasat

rumahkabin black

PETALING JAYA – Polis membuka kertas siasatan khianat dan ugutan ekoran kereta milik pengarah dan penulis skrip filem kontroversi Mentega Terbang dirosakkan serta ditinggalkan nota ugutan bunuh, hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian itu berlaku di dua kawasan iaitu Kajang dan Ampang Jaya membabitkan kes simbah cat kereta dan meninggalkan nota ugutan.

Menurutnya, mangsa yang membuat laporan polis itu terbabit dalam pembikinan filem Mentega Terbang.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 507 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan kereta milik pengarah dan penulis skrip filem kontroversi Mentega Terbang dirosakkan dengan simbahan cat dan bahan asid serta ditinggalkan nota ugutan bunuh, hari ini.

Menerusi perkongsian gambar di Twitter @Amerhadiazmi, kelihatan kereta jenis Proton Saga berwarna merah dan Toyota Vios berwarna putih dipenuhi kesan simbahan asid, cat berwarna merah dan hitam.

“Cat serta asid disimbah ke kereta pengarah dan pelakon Mentega Terbang oleh individu tidak dikenali. Turut ditinggalkan nota ugutan bunuh terhadap mereka dan keluarga,” katanya.

Dalam gambar yang dihantar itu turut disertakan nota ugutan bunuh yang bertulis ‘Lu dengan family mesti mati’ dan nota amaran ‘Mentega Terbang jangan cabar agama Islam’.

Sementara itu, peguam kepada kedua-dua mangsa, Zaid Malek berkata, anak guamnya telah membuat laporan polis berhubung perkara itu, pagi tadi. – KOSMO! ONLINE.

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link