Pelaburan

RUU kesalahan menghendap dibentang di Dewan Rakyat

RUU kesalahan menghendap dibentang di Dewan Rakyat

rumahkabin black

Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 itu bertujuan memasukkan seksyen baharu 507A ke dalam Kanun Keseksaan (Akta 574) untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan menghendap.

RUU kesalahan menghendap dibentang di Dewan Rakyat
Menurut rang undang-undang itu, sesiapa yang melakukan kesalahan menghendap boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023, bertujuan memasukkan peruntukan kesalahan menghendap dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada mesyuarat Dewan Rakyat.

Ia dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.

Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 itu bertujuan memasukkan seksyen baharu 507A ke dalam Kanun Keseksaan (Akta 574) untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan menghendap.

Seksyen itu menyebut sesiapa yang berulang kali dengan apa-apa tindakan gangguan, berniat untuk menyebabkan, atau mengetahui atau sepatutnya mengetahui bahawa perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan, merisaukan, menakutkan atau mencemaskan akan keselamatan orang itu, melakukan kesalahan menghendap.

Menurut rang undang-undang itu, sesiapa yang melakukan kesalahan menghendap boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Turut dibentangkan, Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2023 yang antara lain bertujuan meminda Jadual Pertama kepada Akta 593 berbangkit daripada kemasukan kesalahan baharu menghendap ke dalam Kanun Keseksaan.

Bacaan kedua bagi kedua-dua rang undang-undang itu dijadual dibentang pada sidang kali ini.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link