Pelaburan

Saluran televisyen jangan terperangkap dalam kepompong yang jumud

MGF16032023 MAJLIS PERASMIAN NRCHANNELTV 4

rumahkabin black

KUALA LUMPUR – Saluran televisyen (TV) termasuk saluran dalam talian perlu bergerak  mengikuti perkembangan teknologi komunikasi terkini bukan berada dalam kepompong sama.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, saluran televisyen perlu menggunakan semua kemudahan dalam teknologi baharu dan bukan sahaja dalam aspek isi kandungan sahaja.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, saluran televisiyen perlu menggunakan semua kemudahan dalam teknologi baharu dan bukan sahaja dalam aspek isi kandungan.

“Saluran TV konvensional penting kerana khalayak telah mula memilih untuk terus mengikuti dan menonton isi kandungan serta persembahan dalam TV atas talian.

MGF16032023 MAJLIS PERASMIAN NRCHANNELTV 6 1024x683
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercakap kepada media selepas hadir pada Majlis Perasmian Portal Berita Baharu NRChannelTV di Kompleks Udarama, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 16 MAC 2023.

“Ini (saluran internet) tidak dapat dielakkan kerana ianya merupakan satu gelombang untuk dua atau tiga dekad akan datang kita akan melihat perubahan lain, justeru kita tidak harus berada dalam kepompong yang jumud,” katanya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah selepas merasmikan NRChannelTV di Kompleks Udarama di sini malam ini.

Turut hadir pengasas saluran TV itu, Datuk Rafi Awang Kechik.

Dalam masa sama, Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada kepada NRChannelTV sempena dengan perasmian studio baharu mereka.

“Dunia tanpa sempadan, langit terbuka dan menempuh global, terbukti sebagai satu realiti baharu dalam dunia komunikasi,” katanya.

 

Tambah beliau, NRChannelTV tidak tertinggal di dalam mengikuti perkembangan teknologi dan juga gelombang baharu ini.

Beliau berharap jumlah penonton bertambah kerana kontennya berbeza berbanding saluran TV lain.

Ujar Zahid, beliau akan terus memberikan sokongan dan dorongan secara peribadi dan rasmi kepada NRChannelTV.-MalaysiaGazette

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link