Infotainment

TM Melanjutkan Penawaran Pas Percuma 5G Untuk Unifi Mobile Bebas Sehingga 8 Februari

putrajaya 5G 006 950x535

rumahkabin black

Telekom Malaysia kini dilihat melanjutkan penawaran pas percuma atau pas ujian untuk rangkaian 5G bagi para pelanggan prabayar Unifi Mobile sehingga 8 Februari 2023 kelak. Perkara ini dimaklumkan oleh TM kepada semua pelanggan Unifi Mobile Bebas sedia ada melalui SMS dan notifikasi pada minggu ini.

Dengan penawaran ini, ia sekaligus membolehkan para pengguna Unifi Mobile dibawah pelan Bebas terus menebus pas 5G mereka secara percuma untuk tempoh sebulan lagi.

putrajaya 5G 006 950x535
TM Melanjutkan Penawaran Pas Percuma 5G Untuk Unifi Mobile Bebas Sehingga 8 Februari 4

Bagi anda yang melanggan Unifi Mobile Bebas dengan pas tanpa had RM35 sebulan, TM akan sediakan pas rangkaian 5G yang perlu ditebus percuma dalam tempoh 72 jam. Selepas ditebus, pengguna boleh menggunakan rangkaian 5G dilokasi yang disokong, melalui peranti-peranti 5G yang disokong dibawah rangkaian mereka.

Buat masa ini, TM masih belum berkongsi berkenaan penawaran harga langganan untuk pas 5G mereka bagi para pelanggan Unifi Mobile.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

Related Posts