Hartanah

Aston Villa hadapi aib paling memalukan

ASTON VILLA scaled

rumahkabin black

BIRMINGHAM – Kejutan terus tercipta dalam saingan Piala FA selepas Aston Villa tersingkir di pusingan ketiga apabila tewas 1-2 kepada pasukan Liga Dua, Stevenage di Villa Park awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, pasukan pelawat meledak dua gol menerusi Jamie Reid dan Dean Campbell dalam tempoh dua minit terakhir bagi memadam gol pendahuluan yang dijaringkan Morgan Sanson pada minit ke-36.

Keputusan itu nyata membuatkan pengurus pasukan itu, Unai Emery berang dan beliau menyifatkan Villa bermain di bawah prestasi sebenar walaupun berdepan sebuah pasukan yang berada tiga divisyen di bawah mereka.

“Saya bukanlah seorang ahli silap mata yang dapat me­ngubah semuanya. Kami bermula baik pada perlawanan hari ini (semalam), tetapi ada sesetengah pemain yang bermain tidak mengikut taktikal.

“Sudah tentu saya kecewa dengan kekalahan seperti ini dan saya bersimpati dengan penyokong yang berada di stadium. Pemain-pemain gagal untuk memanfaatkan setiap peluang terhidang,” katanya.

Pengendali dari Sepanyol itu berjanji kepada penyokong-penyokong Villa, beliau akan memperbaiki kelemahan tersebut selain menggesa barisan pemainnya supaya bangun daripada ‘tidur’.

“Saya sangat marah dan kecewa selepas perlawanan kerana kami berikan harapan kepada penyokong. Kami leka pada minit-minit akhir untuk menghadiahkan dua gol kemenangan kepada pasukan lawan,” ujar Eme­ry. – AGENSI

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

Related Posts