Pelaburan

Bung Moktar sokong wujud Kerajaan Perpaduan di Sabah

MGF27072022 SIDANG DEWAN RAKYAT56

rumahkabin black

KUALA LUMPUR – Datuk Bung Moktar Radin menyokong penuh cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar diwujudkan satu Kerajaan Perpaduan Negeri Sabah yang melibatkan seluruh parti politik di negeri ini.

Ketua UMNO Sabah merangkap Pengerusi Barisan Nasional Sabah itu yakin dan percaya melalui Kerajaan Perpaduan, ia mampu meredakan suhu politik dan seterusnya menstabilkan politik Sabah ketika ini.

“Saya juga berharap agar Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dapat menerima dengan hati yang terbuka saranan daripada Perdana Menteri ini demi menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada itu, Bung Moktar memaklumkan sebahagian besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Sabah tidak dapat menghadirkan diri pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-16 kerana perlu menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur.

Perhimpunan Agung UMNO 2022 bermula esok, dari 11 hingga 14 Januari 2023.

Bagaimanapun Bung Moktar berkata, beliau bersama ahli-ahli Dewan Undangan Negeri UMNO Sabah yang lain menyokong Rang Undang-undang Bekalan Gas 2023 yang dijangka dibentangkan oleh Hajiji hari ini.

“Saya bersama ahli-ahli Dewan Undangan Negeri UMNO Sabah turut menyokong penuh Rang Undang-undang Bekalan Gas 2023 yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-enam Belas pada 10hb Januari 2023,” ujarnya. – MalaysiaGazette

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

Related Posts