Infotainment

Pelancaran Satelit Komersil Pertama Oleh Virgin Orbit Menemui Kegagalan

Pelancaran Satelit Komersil Pertama Oleh Virgin Orbit Menemui Kegagalan

rumahkabin black

Virgin Orbit cuba melancarkan satelit komersial pertama mereka ke orbit hari ini menggunakan pesawat Cosmic Girl menemui kegagalan. Dalam ciapan yang dihantar menerusi akaun media sosial rasmi, Virgin Orbit mengatakan berlaku anomali pada roket Launcher One yang dilancarkan oleh Cosmic Girl menyebabkan ia gagal mencapai orbit.

Sebab berlakunya anomali yang menjurus kepada kegagalan misi masih belum diketahui sehinggalah data dari Launcher One dianalisa oleh pusat kawalan misi. Kargo yang dibawa oleh Launch One ialah beberapa satelit komersil dan milik kerajaan.

Kegagalan misi ini mengecewakan bagi Virgin Orbit kerana ia sepatutnya menjadi misi pertama pelancaran roket ke orbit dilakukan dari United Kingdom dan Eropah Barat.

Pelancaran Satelit Komersil Pertama Oleh Virgin Orbit Menemui Kegagalan
Pelancaran Satelit Komersil Pertama Oleh Virgin Orbit Menemui Kegagalan 3

Sistem pelancaran roket Virgin Orbit telah dibangunkan sejak 2017 menggunakan pesawat induk Boeing 747. Roket membawa kargo diletakkan di bawah sayap. Roket LauncherOne akan diangkut ke ketinggian melebihi 10,000 meter sebelum dilancarkan ke angkasa lepas dengan kargo seperti satelit.

Menurut Virgin Orbit, sistem mereka ini lebih murah berbanding sistem roket yang terbang dari permukaan bumi. Kerana ia diterbangkan dari udara,cuaca buruk tidak akan menangguhkan pelancaran satelit untuk pelanggan. Selain perkhidmatan pelancaran roket, Virgin juga menawarkan pelancongan ke angkasa lepas menerusi Virgin Galactic.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link