Infotainment

Apple Dilaporkan Turut Ingin Menghasilkan Skrin Tersendiri Untuk Peranti Mereka – Bermula Seawal 2024

rumahkabin black

Apple sedia mengambil langkah dalam mengurangkan kebergantungan kepada pengeluar luar dalam mendapatkan komponen – sekaligus mengawal keseluruhan rantaian bekalan dengan menghasilkan sendiri komponen diperlukan. Selain peralihan kepada penghasilan cip tersendiri, Apple juga kini dilaporkan ingin menghasilkan skrin paparan tersendiri.

Dengan langkah ini, Apple tidak lagi perlu bergantung kepada pengeluar lain seperti Samsung, LG dan sebagainya untuk menghasilkan skrin untuk peranti mereka.

Menurut Bloomberg, Apple dijangka memulakan transasi ke penggunaan panel paparan yang dibangunkan sendiri seawal 2024 kelak, dengan penggunaan panel paparan pada Apple Watch Ultra baharu pada tahun tersebut.

Apple juga dijangka beralih kepada penggunaan mikro_LED sebagai peralihan ini.

Apple akan menghasilkan panel paparan tersebut, dan masih bergantung kepada pengeluar lain dalam mengeluarkannya secara besar-besaran.

Kaedah ini juga akan memudahkan lagi mereka mengawal apakah perubahan baharu yang ingin ditawarkan – termasuk mengelakkan sebarang ketirisan pembangunan berlaku.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

Related Posts