Pelaburan

Impian Harimau Malaya ke final tak kesampaian, tewas 0-3 di tangan Thailand

325129030 833748777707363 5331180142282831251 n

rumahkabin black

KUALA LUMPUR – Impian Malaysia untuk melangkan ke perlawanan akhir Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 tidak kesampaian apabila tewas di tangan Thailand 0-3 pada perlawanan separuh akhir kedua di Bangkok malam ini.

Thailand yang tewas 1-0 kepada Harimau Malaysia mara ke final dengan agregat 3-1.

Pasukan tuan rumah tidak mengambil masa yang lama untuk menyamakan agregat apabila Teerasil Dangda membuka tirai jaringan 19 minit permainan berlangsung.

Bermain di hadapan penyokong sendiri, gol tersebut menyuntik pemain Thailand dengan melakukan asakan demi asakan ke gol Malaysia menyebabkan jentera serangan yang diketuai Faisal JHalim sukar menguasai permainan.

Pasukan tuan rumah meneruskan momentum permainan pada separuh masa kedua dan Bordin Phala menghukum pertahanan Malaysia pada minit ke-55 dengan menjaringkan gol kedua.

Tersentak dengan gol itu, Malaysia cuba memperkemaskan gerakan namun rembatan Falsal lima minit selepas itu menyaksikan bola mepasi palang gol.

Kekurangan kreativiti di bahagian tengah memberi kesan kepada anak buah Kim Pan Gon untuk mengatur serangan dengan hantaran yang kurang kemas.

Tuan rumah terus menggasak dan usaha itu membuahkan hasil apabila Adisak Kraisorn menjaringkan gol ketiga pada minit ke-71.

Malaysia cuba bangkit namun percubaan pemain gantian, Safawi Rasid pada minit ke-77 tersasar.

Walaupun selesa di depan, Thailand terus menggasak kubu Malaysia namun keputusan itu kekal.

Pada perlawanan akhir, Thailand akan bertemu Vietnam yang menewaskan Indonesia 2-0 semalam. – MalaysiaGazette

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

Related Posts