Hartanah

KWSP perinci kaedah terbaik cagaran pinjaman

KWSP perinci kaedah terbaik cagaran pinjaman

rumahkabin black

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang menilai dan memperincikan kaedah terbaik bagi melaksanakan kemudahan penggunaan baki caruman Akaun 2 sebagai sokongan untuk pencarum membuat pinjaman peribadi.

Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP berkata, pihaknya juga akan mempertimbangkan semua faktor yang relevan bagi memastikan pelaksanaan yang lancar.

“KWSP ambil maklum mengenai pengumuman terkini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai penggunaan baki caruman dalam Akaun 2 ahli KWSP sebagai sokongan untuk membuat pinjaman peribadi daripada sistem perbankan bagi mereka yang memerlukan bantuan tunai,” kata KWSP hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi,maklumat lanjut mengenai pelaksanaan kemudahan tersebut akan diumumkan oleh KWSP pada masa yang akan datang.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan kerajaan bercadang memperkenal kaedah yang membenarkan pencarum membuat pinjaman bank dengan menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai kolateral atau cagaran kepada bank.

Bagaimanapun, kaedah tersebut hanyalah bagi mereka yang benar-benar terdesak dan memerlukan wang. -KOSMO! ONLINE.

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link