Infotainment

Mayat Budak 3 Tahun Ditemui Dalam Semak, Kepala Tersepit Pada Pokok & Tangan Diikat

Screenshot 2023 03 12 at 3.39.35 PM

rumahkabin black

Screenshot 2023 03 12 at 3.39.35 PM

Sekadar gambar hiasan

Mayat kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui di kawasan semak di Kampung Panji, Lahad Datu dalam keadaan menyayat hati di mana kepalanya tersepit antara dua pokok serta tangannya diikat menggunakan tali.

Kepala tersepit pada pokok

tukul hakim Mahkamah 1

Memetik laporan Sinar Harian, mayat mangsa ditemui oleh ibunya sendiri sebelum dimaklumkan kepada pihak polis. Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supritendan Azmir Abdul Razak, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mayat mangsa ditemui dalam keadaan berdarah, di mana kepalanya mengalami luka selain terdapat kesan torehan pada bahagian tangan dan kaki mangsa.

Menurut ibu mangsa yang berusia 20-an, anaknya keluar bermain namun tidak pulang ke rumah dan kali terakhir dilihat pada jam 12 tengah hari.

Ibu mangsa berusaha mencari di sekitar kampung dan hanya menemui anaknya pada jam 3 petang dalam keadaan mengalami kecederaan luka bahagian kepala, kedua belah tangan dan kaki kiri manakala tangan sebelah kanan diikat menggunakan tali.

Menurut sumber, kesan kecederaan pada kepala mangsa dipercayai akibat objek tajam. Susulan daripada penemuan mayat tersebut, seorang lelaki warga asing berjaya ditahan memandangkan suspek merupakan individu terakhir yang dilihat bersama mangsa. Hasil pemeriksaan mendapati, suspek positif dadah dan dipercayai kurang siuman.

Polis turut menahan ibu bapa mangsa untuk membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabit kesalahan.

Sumber: Sinar Harian

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link