Hartanah

Tujuh lelaki bergaduh kerana Mobile Legends

Tujuh lelaki bergaduh kerana Mobile Legends

rumahkabin black

MELAKA – Tujuh lelaki termasuk tiga remaja diberkas polis selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan di sebuah stesen minyak di Telok Mas, di sini gara-gara permainan Mobile Legends, tengah malam tadi.

Kesemua suspek berusia antara 16 sehingga 28 tahun itu ditahan sepasukan Cawangan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang pengadu berusia 25 tahun yang mendakwa menjadi mangsa pergaduhan itu, semalam.

Katanya, pengadu yang bekerja sebagai pelayan restoran turut mengalami kecederaan teruk di kepala sehingga terpaksa menerima beberapa jahitan dan patah tulang hidung akibat dipukul dengan topi keledar.

“Pengadu beritahu kejadian berlaku selepas dia yang baru pulang ke rumah kira-kira pukul 5 pagi semalam diajak keluar oleh rakan bernama Mohd. Arsyad untuk berjumpa orang di stesen minyak di Telok Mas.

“Setiba di sana, pengadu mendapati ada beberapa lelaki sedang menunggang motosikal dan tiba-tiba datang sekumpulan yang lain terus memukul rakannya, mangsa cuba membantu namun turut dipukul dengan topi keledar sehingga cedera,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya, rakan mangsa berusia 20-an turut cedera di dahi dan menerima 10 jahitan, kesemua suspek juga turut berjaya ditangkap pada awal pagi tadi di Jalan Kota Melaka.

“Hasil maklumat sepasukan D7 telah menahan empat lelaki pada pukul 12.25 tengah malam tadi di tepi jalan Kota Melaka dan tangkapan susulan dibuat 10 minit kemudian melibatkan tiga lelaki di lokasi sama.

“Hasil soal siasat, suspek dipercayai bergaduh kerana tidak berpuas hati selepas dimaki hamun ekoran keengganan bermain permainan Mobile Legend,” katanya.

Katanya, kesemua ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326/148 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE.

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link