Infotainment

Fasha Sandha Komited Bekerja, Hadir TADS 2023 Walaupun Mata Belum Sembuh

Screenshot 2023 03 13 at 11.17.56 AM

rumahkabin black

Screenshot 2023 03 13 at 11.17.56 AM

Meskipun keadaan mata kiri masih belum sembuh sepenuhnya, pelakon, Fasha Sandha dilihat komited terhadap kerjayanya sebagai seorang anak seni.

Hal tersebut jelas kelihatan apabila Fasha muncul di acara karpet merah Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS2023) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam.

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Sakit Pun Comel’

Artikel Berkaitan: Azhan Rani Kesal Tajuk Akhbar Isu Fasha Sandha Cedera Undang Fitnah?

Artikel Berkaitan: ‘Tak Kuat Pun Abang Tolak, Cuma Landing Di Tempat Salah’ – Fasha Sandha Pertahankan Azhan Rani

Artikel Berkaitan: ‘Tak Ada Siapa Yang Mahukan Kemalangan Macam Ni Terjadi’ – Azhan Rani

Belum sembuh sepenuhnya

Screenshot 2023 03 13 at 11.31.50 AM

Ketika ditemui OhBulan! Fasha berkata dia tampil berkaca mata hitam kerana masih menunggu masa untuk menjalani pembedahan. Ujarnya lagi, tulang mata yang patah itu, menyebabkan terjadinya darah beku.

Mata kiri saya belum sembuh sepenuhnya. Tapi, alhamdulillah saya tetap datang atas tanggungjawab untuk produksi. Sejujurnya, saya hanya jalankan komitmen saya.

Kemungkinan kena jalani pembedahan sebab walaupun dari luaran bengkak dah makin surut, tapi, tulang itu patah dan ada darah beku di dalam. Apapun, saya kini sedang menunggu masa sesuai untuk perlu pastikan bengkak di muka surut dulu.

Disoal sama ada penglihatannya terjejas, Fasha memaklumkan bahawa mata kirinya memang terjejas dan turut memberi kesan lain seperti sakit kepala.

Tak selesa langsung. Penglihatan tak berapa jelas di belah kiri, tapi di sebelah kanan tak ada masalah. Bila sakit mata, ia akan berkait dengan kepala.

Tambah Fasha, dia perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum kembali menjalani penggambaran.

Untuk penggambaran, saya kena dapatkan keizinan daripada doktor sama ada boleh atau tidak untuk kembali bekerja semula.

Fasha hadir ke acara TADS2023 dengan ditemani adiknya juga pelakon, Elisya Sandha.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link