Pelaburan

93 kilang tutup operasi sejak 2018 hingga 2022, Dewan Rakyat diberitahu

pekerja kilang bernama 170719@2x

rumahkabin black

Dalam tempoh sama, lebih 17,000 pekerja kilang terpaksa diberhentikan.

pekerja kilang bernama 170719@2x
Sebanyak 17,648 pekerja diberhentikan susulan penutupan operasi 93 syarikat perkilangan sejak 2018 hingga Julai 2022, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Lebih 17,000 pekerja kilang diberhentikan dalam tempoh 2018 hingga Julai 2022.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Liew Chin Tong, berkata jumlah itu direkodkan susulan 93 syarikat perkilangan ditutup operasi sepenuhnya.

“Syarikat pengilangan yang telah menutup operasi sepenuhnya dalam tempoh 2018 hingga Julai 2022, iaitu 93 syarikat pengilangan telah menutup operasi sepenuhnya melibatkan pemberhentian seramai 17,648 pekerja,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) yang meminta Miti menyatakan apakah usaha kerajaan bagi memastikan syarikat besar tidak beralih arah dari Malaysia ke negara lain.

Dalam perkembangan sama, Chin Tong turut memaklumkan dalam tempoh sama juga, sebanyak 3,893 projek pengilangan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM503.3 bilion diluluskan.

“Projek ini telah menyediakan 331,509 peluang pekerjaan, daripada jumlah ini sebanyak RM388.2 bilion atau pun 70% pelaburan langsung asing (FDI) manakala RM115.2 bioion atau 22.9% merupakan pelaburan langsung domestik (DDI),” katanya.

Katanya, kerajaan melalui Miti dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) juga sentiasa mengambil langkah proaktif menarik pelabur pelbagai sektor di Malaysia, termasuk memperkemaskan semula fokus dan strategi semasa.

Katanya, negara merekodkan prestasi memberangsangkan dengan kelulusan pelaburan RM309.4 bilion dan RM264.6 bilion, masing-masing pada 2021 dan 2022.

“Jumlah pelaburan yang diluluskan ini berpotensi mewujudkan 140,370 peluang pekerjaan baharu bagi tahun 2022,” katanya.

Katanya, Miti akan meneruskan dasar diperkenalkan kerajaan terdahulu untuk menarik FDI dan DDI termasuk tawaran gaji tinggi kepada pekerja bagi menarik rakyat tempatan terus bekerja dalam negara, berbanding berhijrah ke Singapura.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link