Hartanah

Berita PM beri cuti umum Rabu ini palsu- JPM

Berita PM beri cuti umum Rabu ini palsu- JPM

rumahkabin black

PUTRAJAYA- Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan satu laporan berita yang tular di media sosial mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti umum pada Rabu ini berikutan kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh di Anugerah Akademi (Oscar).

JPM menerusi hantaran di laman Facebook rasminya berkata, maklumat disampaikan menerusi berita bertajuk “PM Anwar declares public holiday on Wednesday: This is the pride of a nation!” adalah palsu.

“Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

“Tidak pasti, jangan kongsi,” katanya tadi.

Terdahulu, rata-rata netizen meminta kerajaan untuk mempertimbangkan pemberian cuti umum susulan kemenangan Michelle Yeoh di Oscar yang disifatkan sebagai satu lakaran sejarah baharu buat negara.

Michelle atau nama sebenarnya, Yeoh Choo Kheng, 61, diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan mantapnya sebagai Evelyn Quan Wang dalam filem Everything Everywhere All at Once. – KOSMO! ONLINE

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link