Infotainment

‘Dah Lama Simpan Hasrat’ – MK Rancang Tunai Umrah Bersama Keluarga

Screenshot 2023 03 15 at 7.31.29 PM

rumahkabin black

Screenshot 2023 03 15 at 7.31.29 PM

Menerusi temu bual bersama pihak OhBulan! penyanyi rap sensasi, MK K-Clique, 27, merancang untuk menunaikan ibadah umrah bersama keluarga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Lama simpan hasrat

Screenshot 2023 03 15 at 7.30.07 PM

Menurut MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk ke Tanah Suci.

Sebenarnya saya sudah lama merancang kerana belum pernah sampai ke sana. Insya-Allah, saya ingin membawa keluarga untuk bersama menunaikan umrah.

Mengikut perancangan, kami mahu ke sana selepas Syawal tetapi masih dalam perbincangan. Sejujurnya, saya tak mahu berkongsi mengenai perkara ini kerana tak mahu orang bercakap mengenainya.

Niat untuk beribadah di sana, takut nanti jika ia diperkatakan, niat saya bakal disalahtafsir. Saya mohon doa yang baik-baik agar urusan dipermudahkan.

Berbicara lebih lanjut, pelantun suara lagu ‘Mimpi’ ini memberitahu dia mahu memperlahankan aktiviti dalam industri hiburan.

Tahun ini saya mahu mengurangkan kerja seni dan mahu fokus beribadah. Ada tawaran untuk menjalani penggambaran, tapi masih dalam pertimbangan.

Jika sesuai dengan jadual, saya akan terima tetapi saya memang meletakkan had untuk bekerja di bulan Ramadan sebab saya pun tak tahu kemampuan saya.

MK ditemui di majlis pelancaran koleksi baju Melayu Armaan x MK di Panggung Asia, Gombak, hari ini.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link