Hartanah

Bekas pemandu van syarikat dipenjara 3 bulan halang tugas polis

Bekas pemandu van syarikat dipenjara 3 bulan halang tugas polis

rumahkabin black

JEMPOL – Padah halang tugas polis selepas terlibat dalam kemalangan maut, seorang pemandu van dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM1,500 di Mahkamah Majistret Bahau, di sini, hari ini.

Mahkamah turut menetapkan tertuduh dikenakan hukuman penjara selama tiga bulan jika gagal menjelaskan bayaran denda tersebut.

Tertuduh, S. Kannadasasan, 45, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Berdasarkan pertuduhan, pada 8 Mac lalu kira-kira pukul 10.10 pagi di tepi jalan kawasan Ladang Bahau, tertuduh telah dengan sengaja menghalang penjawat awam iaitu pegawai polis daripada menjalankan fungsi awamnya.

Oleh itu, tertuduh telah didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, selepas kemalangan maut di jalan perkampungan Palong 4, 5, 6, pemandu van tersebut telah melarikan diri ke arah Palong 7, 8.

Setiba di simpang Palong 6, 9 suspek telah berselisih dengan anggota Balai Polis Rompin yang ketika itu sedang membuat rondaan.

Atas hebahan maklumat daripada DCC Jempol, anggota Balai Polis Rompin bersama kereta peronda telah mengejar kenderaan tertuduh dan mengarahkannya berhenti, tetapi tertuduh enggan mematuhi arahan polis lalu terus memecut kenderaannya sehingga van tertuduh berjaya dipintas berhampiran Ladang Bahau.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie dalam hujahannya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran bukan hanya kepada tertuduh, bahkan kepada orang awam yang lain untuk menghormati penjawat awam dalam menjalankan tugas. – KOSMO! ONLINE

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link