Pelaburan

Malaysia bersama masyarakat antarabangsa perangi Islamofobia

MGF01082022 ZAMBRY TAX FORUM05

rumahkabin black

KUALA LUMPUR – Setahun lalu, masyarakat antarabangsa telah bersama menetapkan 15 Mac sebagai Hari Antarabangsa Memerangi Islamofobia.

Justeru, Malaysia turut menjunjung semangat Perkara 1 di bawah Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia bahawa semua manusia dilahirkan bebas dan samarata dari segi kemuliaan dan hak-hak.

Mereka juga mempunyai pemikiran dan hati nurani dan hendaklah bertindak antara satu sama lain dengan semangat persaudaraan.

Menurut Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, Malaysia berbangga menjadi sebahagian daripada solidariti antarabangsa  bagi menangani Islamofobia dan semua tindakan kebencian serta keganasan terhadap individu atas sebab agama atau kepercayaan mereka.

“Islam adalah sebuah agama yang berlandaskan keamanan dan ajarannya yang benar menggalakkan penerimaan dan menghargai kepelbagaian.

“Adalah menyedihkan kerana pada masa ini, umat Islam masih dihalang daripada mengamalkan agama mereka dengan bebas dan ditindas kerana kepercayaan mereka.

“Malaysia amat kesal kerana perasaan syak wasangka, diskriminasi dan kebencian terhadap umat Islam telah meningkat kepada “kadar wabak” sepertimana dilaporkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Dr. Zambry, manifestasi tindakan Islamofobia menjurus ke arah ekstremisme dan keganasan dan perkara itu akan menjejaskan usaha ke arah keamanan serta keharmonian dunia.

Jelas beliau lagi, masyarakat antarabangsa perlu melihat isu Islamofobia melangkaui retorik dan mengenal pasti langkah  menangani keadaan yang wujud dan sikap yang menyumbang ke arah perbuatan keji itu.

“Sebagai langkah ke hadapan, kita mesti bertindak secara kolektif dan kolaboratif dalam menangani isu ini.

“Kejayaan Malaysia dalam memupuk keamanan, keharmonian dan kestabilan adalah berdasarkan pengalaman kita sebagai sebuah negara demokrasi berbilang kaum dan agama, yang turut diperkukuhkan lagi melalui konsep Malaysia Madani,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia bersedia untuk menyumbang kepada usaha yang efektif dalam menangani Islamofobia dan semua tindakan kebencian serta keganasan terhadap individu berdasarkan agama atau kepercayaan mereka. – MalaysiaGazette

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link