Hartanah

Kadar zakat fitrah Selangor kekal RM7

Kadar zakat fitrah Selangor kekal RM7

rumahkabin black

KUALA LANGAT – Kadar zakat fitrah di Selangor kekal sebanyak RM7 pada tahun sejak 2007.

Ketua Divisyen Kutipan Lembaga Zakat Selangor (LZS), Mohd.Fikri Naim berkata, penetapannya merupakan kadar wajib minima seperti diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kepada umat Islam di negeri ini yang menjadikan makanan harian beras jenis ‘super special’ tempatan.

Katanya, bagi mereka yang menggunakan beras jenis super import, beras perang, beras pulut, herba ponni dan beras wangi pula pada kadar RM14.

“Bagi kadar RM21 pula adalah untuk umat Islam yang menjadikan makanan hariannya beras jenis basmati, Jepun, merah dan setaraf dengannya.

“Penetapan bagi semua kadar zakat tersebut adalah berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan umat Islam di Selangor pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram beras,” katanya kepada pemberita pada Program ‘Kasihku Zakat Selangor’ bagi penyerahan rumah baharu sumbangan Syarikat Central Sugar Refinery (CSR) dengan jumlah
keseluruhan RM279,000 di sini, hari ini

Simbolik penyerahan replika kunci disempurnakan oleh Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail kepada salah salah seorang penerima iaitu Norhisyam Paimin sambil disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif CSR, Mohamad Zuki Wan Abdullah.

Mengulas mengenai program pengagihan sumbangan itu, Mohd.Fikri menjelaskan ia adalah agihan semula zakat CSR yang disalurkan bagi menyantuni asnaf fakir dan miskin di daerah Kuala Langat dan Kuala Selangor.

“Melalui program hari ini, LZS membina rumah baharu tiga bilik melibatkan kos berjumlah RM93,000 sebuah, dengan keluasan 980 kaki persegi lengkap dengan kemudahan asas bekalan elektrik dan air,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link