Infotainment

Ulasan – RedMagic 8 Pro Hebat Tetapi Menguji Kesabaran

Ulasan – RedMagic 8 Pro Hebat Tetapi Menguji Kesabaran

rumahkabin black

Minggu ini sudah masuk minggu ketiga saya gunakan RedMagic 8 Pro sebagai peranti harian. Lebih spesifik, permua yang setiap hari saya main seperti Call of Duty Mobile, Marvel Snap dan Asphalt 9 semuanya saya main pada peranti ini sahaja sepanjang penggunaan. Inilah peranti dengan prestasi paling dahsyat saya pernah cuba sehingga selepas beberapa sesi permainan peranti masih tidak memanas.

Dahsyat macam mana pun, peranti ini menguji kesabaran saya sehingga teringat akan ayat “sabar itu separuh daripada Iman”. Bukan kerana ada masalah lengah masa sehingga peranti tidak boleh digunakan tetapi kerana RedMagic OS 6 adalah sistem operasi yang separuh masak. Ia hanya menterjemahkan semula bahasa Cina ke bahasa Inggeris secara literal sehingga sukar difahami.

Baca: Ulasan – Gaming Pada Red Magic 7S Pro Mencabar Dengan Perisian Yang Hambar


SPESIFIKASI

REDMAGIC 8 PRO
Skrin 6.8″ AMOLED, 120Hz
1116 x 2480 piksel
Pemproses Snapdragon 8 Gen 2 (4nm)
Cip 1x 3.2 GHz Cortex-X3
2x 2.8 GHz Cortex-A715
2x 2.8 GHz Cortex-A710
3x 2.0 GHz Cortex-A510
Cip Grafik Adreno 740
RAM 12GB RAM LPDDR5X
Muatan Dalaman 25GB UFS 4.0
Kamera Utama 50 MP Samsung GN 5, f/1.88 (Sudut Lebar)
8 MP, f/2.2, (Sudut Ultra-Lebar)
2 MP, f/2.4, (Makro)
Kamera Depan 16 Megapixel f/2.0
Kamera bawah skrin (UDC) Generasi Ke-2
Bateri 6000mAh
Pengecasan berwayar 65W
Charging bypass
SIM/Telefoni Dwi SIM Nano /5G
NFC Ya
Audio Bicu audio 3.5mm
Speaker stereo
Kalis Air Tiada
Sistem Imbasan Cap jari bawah skrin
Harga Jualan  RM3699 (12/256 GB) (warna Matte)
RM4299 (16/512 GB)(warna Void, lutsinar)

SKRIN

Saiz skrin 6.8-inci tidak dinafikan adalah saiz yang besar dengan rekaan nirbingkai, tiada takuk, tiada lubang kamera dan bezel yang hampir tidak kelihatan. Secara tidak langsung menjadikan penggunaan skrin RedMagic 8 Pro benar-benar imersif. Bukan itu sahaja, pengimbas jap jari bawah skrin yang disediakan juga sangat pantas dan tiada masalah mengesan jari yang kotor. Skrin yang rata pula memberikan pengalaman menonton video lebih memuaskan tanpa sebarang gangguan.

Ulasan – RedMagic 8 Pro Hebat Tetapi Menguji Kesabaran

Kualiti skrin peranti ini cukup cerah dan boleh digunakan di luar di bawah cahaya matahari terik tanpa sebarang masalah. Ini dibolehkan dengan ciri Sunlight Mode yang mencerahkan skrin pada kadar maksima yang disokong pada panel. Cuma sayang sekali sensor cahaya ambien untuk mengawal kecerahan secara automatik tidak berfungsi dengan baik. Tidak pasti sama ada adakah kerana kamera bawah skrin mengganggu atau hanya masalah perisian. Isu sama berlaku pada RedMagic 7S Pro tahun lepas.

RedMagic 8 Pro Amanz 18 950x534.jpg

Tiada isu lain untuk skrin, tetapi lebih kepada merungut. Laman web tidak menyenarikan sokongan HDR10+ walaupun sebenarnya disokong. Cuma ianya terhad pada YouTube sahaja dan platform lain seperti Netflix hanya boleh menstrim resolusi FHD+. Walaupun tidak dapat menikmati kandungan HDR sebenar, ciri Enhanced Display Mode yang meningkatkan tahap saturasi skrin, kontras dan kecerahan membantu platform penstriman video memaparkan kualiti yang memadai untuk peranti gaming dengan skrin resolusi tinggi penuh.

RedMagic 8 Pro Amanz 12 950x534.jpg

Perkara terbaik yang turut ada pada skrin ini adalah sokongan 120Hz yang sentiasa lancar dan pantas. Tidak kira sebelum atau selepas bermain permua dan melancarkan aplikasi berat, skrin kekal seronok untuk disentuh dan ditatal. Apa yang mengecewakan adalah skrin tidak menggunakan panel LTPO untuk menjimatkan penggunaan bateri dan tiada sokongan kadar segar semula yang setinggi peranti gaming pesaing seperti Asus ROG Phone 6 dan Realme GT3 yang menyokong 165Hz dan 144Hz.

REKAAN

Pendapat saya mengenai rekaan masih sama dalam artikel pandang pertama yang saya terbitkan pada beberapa minggu lepas. RedMagic 8 Pro adalah peranti gaming dengan rekaan paling cantik pernah saya saksikan. Rekaan yang ringkas, elegan, nampak mewah, rata di setiap sisi, dan kemasan panel belakang yang sangat sedap. Rekaannya juga ranggi, yang bercorak, warna cerun bukan lagi trend. Sebaliknya penggunaan satu warna dengan tona berbeza ini lebih sedap mata memandang dan mula digunakan ramai.

RedMagic 8 Pro Amanz 25 950x534.jpg

Walaupun rekaan berkotak, setiap bucu peranti tidak tajam. Ini menjadikan peranti mudah dikendalikan tanpa rasa sakit pada tapak tangan. 8 Pro juga adalah peranti yang pada saya wajib dikendalikan dengan dua tangan kerana dengan satu tangan agak sukar dengan sisi yang licin serta tiada cengkaman tambahan.

RedMagic 8 Pro Amanz 35 950x534.jpg

Tidak lupa juga yang peranti ini mempunyai sistem RGB yang disembunyikan di sebalik teks butang bahu dan jenama. Sistem RGB ini adalah daripada jalur LED yang boleh dikawal sepenuhnya melalui RedMagic OS. Ada pilihan untuk menyala ketika menerima notifikasi, khusus untuk permua, lampu bergerak dan berubah mengikut rentak muzik, ketika pengecasan dan ada juga pilihan menyala ketika butang bahu ditekan.

RedMagic 8 Pro Amanz 11 950x534.jpg

Lubang pengudaraan yang diberi nama Cooling Air Duct pada siri kiri dan kanan menambahkan lagi nilai cool peranti ini. Ini adalah contoh rekaan yang kemas, ringkas tetapi masih ingin kelihatan sedikit ranggi membezakan diri sendiri dengan rekaan peranti pesaing.

RedMagic 8 Pro Amanz 23 950x534.jpg

Lubang ini adalah untuk mengeluarkan udara panas dengan bantuan sistem kipas penyejuk fizikal terbina di dalam. Siri kanan juga adalah di mana lokasi butang bahu sentuhan diletakkan dan suis lungsur untuk mengaktifkan mod permua.

RedMagic 8 Pro Amanz 24 950x534.jpg

Sisi kiri hanya ada butang laras suara dan satu lagi cooling air duct. Sementara di atas ada satu lagi lubang mikrofon, kekisi speaker dan bicu audio 3.5mm. Akhir sekali di bahagian bawah ada satu lagi lubang mikrofon, slot kad SIM dan kekisi speaker juga. Setiap butang enak ditekan, cuma suis lungsur pada saya harus ditinggikan lagi agar boleh rasa apabila ditolak. Pada versi seterusnya mungkin Red Magic boleh melihat apa yang telah dilakukan oleh OnePlus kerana ia adalah standard yang terbaik.

RedMagic 8 Pro Amanz 20 950x534.jpg

RedMagic 8 Pro memang nampak seksi dan cantik. Untuk saya yang pernah menggunakan Nextbit Robin dan Razer Phone 2, peranti ini dari segi bentuk dan rasa di dalam tangan adalah lebih kurang sama. Cuma entah kenapa saya rasakan peranti ini mungkin tidak kukuh binaannya.

RedMagic 8 Pro Amanz 21 950x534.jpg
RedMagic 8 Pro Amanz 19 950x534.jpg

Walaupun saya tidak pernah jatuhkan lagi peranti ini tetapi saya sentiasa ada rasa risau peranti ini akan terlepas daripada genggaman. Ini kerana kebiasaannya sisi yang licin dan penggunaan bezel nipis boleh menyebabkan peranti terus jatuh dan skrin hancur berderai. Kerangka pelindung diberikan adalah jenis plastik keras, yang mana tidak melindungi peranti dari terjatuh dan turut tidak memberi cengkaman tambahan. Terdapat rongga pada sisi kerangka yang mendedahkan sebahagian besar sisi peranti.

ANTARAMUKA DAN PENGALAMAN PENGGUNAAN

Pada RedMagic 7S Pro dan RedMagic 8 Pro, kedua-dua versi RedMagic OS yang dijalankan mempunyai masalah yang sama. Masalah ini adalah seperti yang saya sebut di awal artikel yang mana tidak menjejaskan prestasi peranti tetapi menjadikan pengalaman penggunaan kurang memuaskan.

8 Pro menggunakan sistem operasi berbahasa Cina yang diterjemah secara terus kepada bahasa Inggeris tanpa sebarang perubahan. Ini menjadikan teks yang dipaparkan tidak kemas sehingga ada yang nampak kesemua perkataan, ada yang terpotong dan ada juga yang masih belum diterjemah. Peranti yang saya gunakan untuk ulasan ini bukan versi awal tetapi adalah versi yang dijual kepada umum. Mengecewakan sekali dengan implementasi bahasa yang tidak cukup masak.

RedMagic 8 Pro Amanz 26 950x534.jpg

Untuk sebuah peranti versi global, penggunaan bahasa Inggeris yang baik adalah wajib disertakan. Penggunaan peranti ini dengan RedMagic OS 6 Android 13 mengingatkan saya kepada penggunaan peranti import Xiaomi yang menjalankan MIUI China suatu ketika dahulu.

Terjemahan tidak lengkap, masih banyak aplikasi sukar difahami dan Play Store di pasang secara sideload. Disebabkan itu, banyak terma ciri dan fungsi sukar dicari kerana berbeza dengan peranti pesaing yang hadir dengan terjemahan yang lebih kemas.

RedMagic 8 Pro Amanz 32 950x534.jpg

Sudahlah terjemahan tidak bagus, ciri Android 13 yang sudah digunakan pada banyak pengeluar peranti tidak ditawarkan dalam RedMagic OS 6. Dari tema warna, kustomasi dan lain-lain banyak yang menggunakan versi tersendiri. Ada bagusnya menggunakan versi tersendiri kerana boleh memastikan kemas kini dan sekuriti terjamin. Tetapi saya tidak yakin yang RedMagic boleh menguruskannya dengan baik berdasarkan sejarah kemas kini mereka pada peranti sebelum ini.

RedMagic OS 6 RedMagic 8 pro 02 950x1050.jpg

Contoh yang bagus yang saya selalu gunakan adalah;

  • Red Magic Studio – Masih merupakan ciri kegemaran, hanya imbas kod QR kandungan pada telefon terus disiarkan pada skrin laptop. Ini memudahkan saya menikmati kandungan video dan permua pada skrin lebih besar.
  • Sound Sharpening – Ciri menjadikan audio dari speaker lebih tajam ini tidak begitu hebat, kerana kualiti audio speaker sendiri tidak ditala dengan baik dan hanya ke arah bunyi kuat dan bising.
  • neo AI – Ciri yang tidak boleh dikawal dan banyak berjalan di latar. Tetapi berfungsi (mungkin), kerana pengurusan memori pada peranti ini baik sekali sehinggakan tiada masalah lengah masa.
  • Cooling Fan – Tetapan mengawal sistem ICE 11 Multi-Dimensional Cooling System iaitu kipas penyejuk yang bergerak pada kadar maksima 20,000 RPM. Mudah digunakan, tetapi tetapan masih banyak teks bahasa asing.
  • SuperSnap – Ciri pengurusan tangkapan layar, termasuk menambah tera air ini juga memudahkan saya. Permua atau aplikasi yang memaparkan maklumat penting apabila saya tangkap boleh tahu sumber dari peranti mana.
  • Pengimbas Nadi – Xiaomi ada, Realme ada kini RedMagic pun ingin ada. Tetapi pada RedMagic 8 Pro data yang diperolehi tidak boleh digunakan kerana terlampau jauh dengan dua peranti lain yang lebih kurang sama data yang didapati pada Apple Watch.
  • Mora – Pembantu digital anime yang berguna, di mana status bateri boleh diberitahu, notifikasi boleh disebutkan, perubahan lokasi, “seorang” pembantu digital interaktif yang cukup membantu, tetapi pada masa yang sama mempunyai suara yang menjengkelkan yang mudah membuat orang sekeliling salah faham.
RedMagic OS 6 RedMagic 8 pro 01 950x431.jpg

PENANDA ARAS

Sama seperti pandang pertama saya, skor penanda aras RedMagic 8 Pro masih antara yang paling tinggi. Biasa saya katakan keputusan ujian penanda aras adalah nombor semata-mata dan penggunaan dunia sebenar adalah lebih penting. Dalam kes 8 Pro ini, penanda aras dan dunia sebenar dua-dua selari. Sama hebat dan sama dahsyat.

RedMagic 8 Pro Amanz 37 950x534.jpg

Bayangkan saya main Genshin Impact untuk sekitar 15 minit, peranti masih tidak memanas. Sekadar suam tetapi masih boleh dipegang tanpa rasa ingin rehat sebentar dan ini bukti kipas penyejuk fizikal benar-benar memainkan peranan. Permua juga kekal berjalan pada kadar 60FPS. Kemudian apabila main Marvel Snap, Call of Duty Mobile dan Asphalt 9, peranti ini memberikan prestasi yang menakjubkan. Belum pernah lagi saya main permua dengan pengalaman yang sungguh memuaskan sehingga saya ralit selama beberapa jam lamanya.

Geekbench 6

  • RedMagic 8 Pro – 1868/5147
  • OnePlus 11 – 1495/4805
  • Samsung Galaxy S23 Ultra – 1922/5017

AnTuTu 3D

  • RedMagic 8 Pro – 1,293,501
  • OnePlus 11 – 1,104,135
  • Samsung Galaxy S23 Ultra – 1,171,384

3D Mark Wildlife Extreme

  • RedMagic 8 Pro – 3738
  • OnePlus 11 – 3712
  • Samsung Galaxy S23 Ultra – 3247
Penanda Aras RedMagic 8 pro 01 950x701.jpg

Seperti sebelum ini, skor Geekbench 6 agak lemah pada penggunaan satu teras, tetapi paling pantas dalam multi-teras kerana mencapai 5,147 yang tidak boleh dicapai oleh peranti lain. AnTuTu 3D juga paling pantas setakat ini sehinggakan aplikasi memberitahu skor diterima adalah pada kadar luar biasa iaitu 1,293,501. 3DMark juga paling pantas, tapi OnePlus 11 hampir mengejarnya iaitu 3,738 dan 3,712. Ini adalah skor yang sudah saya jangkakan untuk peranti gaming kerana ada sistem penyejukan dan pengurusan memori yang bagus.

Tidak dinafikan yang RedMagic OS 6 adalah sebuah sistem operasi yang bagus. Tetapi sayang sekali terjemahan teks yang tidak lengkap dan masih ada banyak pepijat yang rawak tidak akan memberikan pengalaman penggunaan yang baik. Ini secara tidak langsung membuatkan saya tidak yakin dengan masa hadapan peranti ini. Orang ramai juga pasti akan memberikan persepsi negatif terhadap jenama RedMagic.

TELEFONI DAN GPS

Panggilan telefon pada peranti ini biasa sahaja dengan jelas kedengaran. Untuk sambungan data pula, saya tidak berjaya menguji 5G. Tetapi sambungan 4G LTE yang saya dapat capai adalah stabil dengan sentiasa menerima bar penuh tidak kira di mana jua saya berada. WiFi juga baik sahaja kerana di rumah sambungan WiFi saya agak lemah, tetapi peranti mempunyai isyarat yang cukup baik.

Penggunaan GPS pula pada awal agak perlahan. Lokasi sukar dikunci tetapi selepas sekitar 30 saat arahan selok-belok boleh diberikan dengan baik. Mungkin kerana perisian yang menyebabkan masalah GPS untuk mengunci lokasi pada kadar lebih pantas.

KAMERA

Kualiti kamera RedMagic 8 Pro jika dibandingkan dengan peranti gaming lain seperti Black Shark 5 Pro atau Asus ROG Phone 6D masih jauh ketinggalan. Dua pesaing ini sudah sedar walaupun peranti adalah untuk permua sahaja, kamera masih penting jika pengguna yang ingin menangkap detik istimewa ketika perlawanan, ingin menyimpan memori atau ingin menstrim secara langsung. Dukacita dimaklumkan yang kamera belakang dan kamera swafoto peranti ini adalah lemah.

Sampel Kamera RedMagic 8 Pro02 950x713
Ulasan – RedMagic 8 Pro Hebat Tetapi Menguji Kesabaran 3
Sampel Kamera RedMagic 8 Pro13 950x713
Ulasan – RedMagic 8 Pro Hebat Tetapi Menguji Kesabaran 4
Sampel Kamera RedMagic 8 Pro03 950x713
Ulasan – RedMagic 8 Pro Hebat Tetapi Menguji Kesabaran 5

8 Pro menggunakan aplikasi kamera Nubia yang semuanya asas sahaja. Ada ciri menarik, tetapi lebih kepada gimik seperti mod foto 3D hanyalah proses ambil beberapa gambar dan digabungkan seperti satu slaid pembentangan yang boleh gerak mengikut giroskop peranti. Mod lain pula hanya mengikut trend seperti Star Trail, Light Painting dan banyak lagi. Tetapi kamera yang tidak begitu bagus membuatkan saya tidak ingin menggunakan ciri tambahan ini.

Sampel Kamera RedMagic 8 Pro05 950x713
Ulasan – RedMagic 8 Pro Hebat Tetapi Menguji Kesabaran 6
Sampel Kamera RedMagic 8 Pro09 950x713
Ulasan – RedMagic 8 Pro Hebat Tetapi Menguji Kesabaran 7

Kamera pada peranti ini adalah sekadar ada sahaja dan untuk hasil yang unik perlu bergantung kepada penuras yang menjadikan imej seakan gambar klasik dan banyak lagi.

BATERI

Bateri 6000mAh kalau tidak tahan memang jelas ada masalah besar. Syukur pada peranti ini, dengan penggunaan ekstrem saya seperti notifikasi sentiasa masuk, strim video & muzik, bermain permua, aktif di media sosial dan semua tetapan rangkaian saya hidupkan RedMagic 8 Pro tiada masalah untuk mencapai hampir lebih 7 jam 30 minit SOT. Ini bermakna dengan penggunaan lebih berdisiplin, tiada masalah SOT mencapai 8-9 jam.

Bateri RedMagic 8 Pro 01 950x1050
Ulasan – RedMagic 8 Pro Hebat Tetapi Menguji Kesabaran 8

Seperti Asus ROG Phone 6D, RedMagic 8 Pro turut menyertakan ciri Charge seperation. Ia membekalkan kuasa kepada peranti tetapi memintas bateri. Secara tidak langsung, pengguna masih boleh bermain dengan penuh khusyuk tanpa perlu risau kesihatan bateri akan terjejas dan masalah peranti memanas.

Walaupun begitu, pengecasan pantas 65W tidak cukup pantas untuk mengecas bateri 6000mAh. Peranti mengambil masa sekitar 90 minit untuk mengecas dari 0% ke 100%. Sedangkan peranti mercu sekarang boleh mengecas peranti sehingga penuh kurang dari sejam.

Bateri RedMagic 8 Pro 02 950x428
Ulasan – RedMagic 8 Pro Hebat Tetapi Menguji Kesabaran 9

AUDIO

Pada awalnya saya marah pada RedMagic kerana menyertakan sistem speaker yang tidak berkualiti. Tidakkah mereka tahu yang pemain inginkan audio yang lantang, bass yang dalam untuk setiap bunyi tembakan dan runut bunyi dalam permua? Bukannya audio yang terlampau kuat, tajam dan nyaring. Tetapi selepas saya sambungkan IEM saya kepada bicu audio 3.5mm, saya tidak mampu kata apa-apa kerana kualiti audio yang dihasilkan adalah sangat mantap dengan pengasingan audio yang baik serta pengalaman pendengaran yang mengasyikkan. Dengan kata lain speaker fizikal peranti tidak memuaskan dan memerlukan aksesori audio tambahan untuk audio yang lebih memuaskan.

PESAING

RedMsgic 8 Pro Samsung Galaxy S23 Ultra OnePlus 11
6.8″ AMOLED, FHD+, 120Hz, HDR10+ 6.8″, Dynamic AMOLED 2x, WQHD+, 120Hz, HDR10+ 6.7″ Super Fluid AMOLED, LTPO, QHD+, 120Hz, Dolby Vision, HDR10+
Snapdragon 8 Gen 2 (4nm)
1x 3.2 GHz Cortex-X3
2x 2.8 GHz Cortex-A715
2x 2.8 GHz Cortex-A710
3x 2.0 GHz Cortex-A510
Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy (4nm)
1 X 3.36 GHz Cortex X3
4 X 2.8 GHz Cortex A715
3 X 1.8 GHz Cortex A510
Snapdragon 8 Gen 2 (4nm)
1x 3.2 GHz Cortex-X3
2x 2.8 GHz Cortex-A715
2x 2.8 GHz Cortex-A710
3x 2.0 GHz Cortex-A510
Adreno 740 Adreno 740 Adreno 740
12GB LPDDR5X 12GB LPDRR5X 16GB LPDDR5X
256GB UFS 4.0 256/512/1000 GB UFS 4.0 256GB UFS 4.0
Kamera Utama
50 MP, f/1.88, (Sudut Lebar)
8 MP, f/2.2, OIS (Sudut Ultra Lebar)
2 MP, f/2.4 (Makro)
Samsung GN 5
Kamera Utama
200 MP, f/1.7, OIS, (Sudut Lebar)
12 MP, f/2.2, (Sudut Ultra-Lebar)
10 MP, f/2.4 (Telefoto, 3x Optikal)
10 MP, f/4.9 (Telefoto 10x Optikal)
8K 30p
Kamera Utama
50MP, f/1.8 (Sudut Lebar), OIS
32MP, f/2.0, (Telefoto)
48MP, f/2.2 (Ultra-Lebar)
Hasselblad Camera for Mobile, XPan Mode
Kamera Hadapan
16-Megapixel
UDC Gen-2
Kamera Hadapan
12-Megapixel
Kamera Hadapan
16-Megapixel
Tiada IP68 IP64
Tiada bicu audio Tiada bicu audio Tiada bicu audio
Audio Stereo Audio Stereo Audio Stereo
6000 mAh (Berwayar 65W) 5000 mAh (Berwayar 45W) 5000 mAh (Berwayar 100W)
RM3699 (12/256 GB) (warna Matte)
RM4299 (16/512 GB)(warna Void, lutsinar)
RM 5699 (12/256GB)
RM 6199 
(12/512GB)
RM 7199 
(12/1000GB)
RM 3299 (8/128 GB)
RM 3599 (16/256 GB)

APA DALAM KOTAK?

Berikut ialah yang disertakan dalam kotak yang kami terima.

  • 1x Redmagic 8 Pro
  • 1x Kerangka plastik.
  • 1x Pengecas tiga pin 65W.
  • 1x Kabel pengecas USB-C ke USB-C.
  • 1x Pin SIM.
  • 1x Manual.

KESIMPULAN

Selepas menggunakan RedMagic 8 Pro selama tiga minggu, saya boleh katakan ia benar-benar merupakan sebuah peranti yang dahsyat. Ia mengganas dengan prestasi pantas tidak masuk akal tanpa ada masalah pemanasan. Saya seronok menggunakan peranti ini untuk bermain permua kegemaran, tonton video kerana skrin luas dan bateri yang tahan lama. Ciri pada RedMagic OS juga banyak yang hebat yang tidak ditawarkan oleh pengeluar lain.

RedMagic 8 Pro Amanz 08 950x534.jpg

Jika anda memang serius pada permua sahaja tidak hiraukan masalah perisian lain seperti kamera atau bahasa peranti ini amatlah sesuai untuk dimiliki. Saya yakin dan percayalah kata-kata saya anda tidak akan menyesal dengan kemampuan prestasi peranti ini. Tetapi aspek lain-lain saya akan katakan belilah Asus ROG Phone 6 atau 6D kerana menawarkan perisian yang lebih baik. Untuk RedMagic 8 Pro jika anda beli pada waktu promosi harga hanyalah RM2899 (12/256 GB) – peranti gaming paling murah setakat ini dengan spesifikasi terkini.

Tetapi jika terlepas, harga jualan adalah RM3699 dan mencapai RM4299 untuk model 16/512 GB. Dengan RedMagic anda hanya dapat peranti, tetapi ROG Phone jika ambil Ultimate, kipas penyejuk turut diberikan. Mana satu pilihan hati anda?

Pro

  • Skrin yang luas tanpa gangguan.
  • Peranti Snapdragon 8 Gen 2 paling berkuasa setakat ini.
  • Rekaan yang cantik dan unik.
  • Pengecasan pantas 65W dengan sokongan charging bypass.

Kontra

  • RedMagic OS 6 yang masih tidak cukup masak.
  • Kerisauan mengenai kemas kini perisian.
  • Audio yang hanya kuat, tetapi tidak enak.
Skor Ulasan Amanz RedMagic 8 Pro 950x200
Ulasan – RedMagic 8 Pro Hebat Tetapi Menguji Kesabaran 10

The post Ulasan – RedMagic 8 Pro Hebat Tetapi Menguji Kesabaran first appeared on Amanz.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link