Pelaburan

Perintah pengangkatan bukan jaminan kerakyatan, putus Mahkamah Tinggi

Perintah pengangkatan bukan jaminan kerakyatan, putus Mahkamah Tinggi

rumahkabin black

Pasangan gagal mendapatkan pengisytiharan anak angkatnya sebagai warganegara melalui kuat kuasa undang-undang.

Perintah pengangkatan bukan jaminan kerakyatan, putus Mahkamah Tinggi
Peruntukan membenarkan kerakyatan kanak-kanak terabai mesti digunakan dengan ‘berhati-hati’ memandangkan peningkatan kes pemerdagangan manusia, kata Pesuruhjaya Kehakiman Shamsulbahri Ibrahim. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Mahkamah memutuskan perintah pengangkatan dikeluarkan oleh mahkamah rendah mengenai seorang lelaki hampir 10 tahun lalu tidak memberikannya hak kewarganegaraan.

Lau Jhun Guan, 22, dan ibu bapa angkatnya memohon kepada Mahkamah Tinggi Johor Bahru untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau warganegara Malaysia mengikut kuat kuasa undang-undang.

Beliau juga memohon perintah mahkamah memaksa kerajaan mengeluarkan sijil kelahiran dan kad pengenalan yang menggambarkan statusnya sebagai warganegara.

Ketika menolak permohonan itu, Pesuruhjaya Kehakiman Shamsulbahri Ibrahim berkata, walaupun perintah mengambil anak angkat memberikan ibu bapa angkat hak dan kewajipan tertentu ke atas seorang kanak-kanak, “kewajaran dan tafsirannya tidak harus dipanjangkan untuk menambah peruntukan (Perlembagaan Persekutuan) dalam perkara berkaitan dengan kewarganegaraan”.

“Tiada disebut hak kewarganegaraan dalam Akta Pengangkatan dan tiada peruntukan sepadan dalam (perlembagaan) yang menganggap pengangkatan memberikan hak kewarganegaraan,” kata Shamsulbahri dalam penghakiman bertulis setebal 18 muka surat yang dikeluarkan pada 11 Mac.

Beliau berkata, bawah jadual kedua perlembagaan, seseorang itu bukan sahaja mesti dilahirkan di Malaysia tetapi sekurang-kurangnya salah seorang daripada ibu bapanya “pada masa (dia) lahir” mestilah warganegara Malaysia atau pemastautin tetap.

“Setelah meneliti dokumen mengenai tindakan ini, terdapat keraguan serius mengenai tempat kelahiran (Jhun Guan),” katanya.

Juga tiada bukti kukuh bahawa ibu bapa kandungnya adalah warganegara Malaysia semasa dia dilahirkan, tambahnya.

Shamsulbahri menyatakan beberapa butiran penting dalam sijil kelahiran asal Jhun Guan “sama ada palsu atau diragui”.

Beliau berkata, pemohon pertama, bapa angkat Jhun Guan, Lau Tek Peng, mengaku memberi maklumat yang salah mengenai ibu bapa kandung Jhun Guan dalam sijil kelahiran asalnya.

Katanya, pada 2012, Jhun Guan dan ibu bapanya dua kali ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memohon kad pengenalan.

Kedua-dua permohonan itu ditolak kerana “diragui” sama ada Tek Peng dan isterinya, Sing Wei Joo, adalah ibu bapa kandung kanak-kanak itu.

Siasatan seterusnya oleh JPN pada masa itu mendapati Jhun Guan bukanlah anak kandung Tek Peng dan isterinya seperti didakwa semasa sijil kelahiran asalnya.

“Sebaliknya, (Tek Peng) mengaku dia mengambil (Jhun Guan) daripada seorang wanita yang kebetulan bekerja di tempat kerja sama dengannya,” kata Shamsulbahri.

Tiada maklumat terperinci mengenai wanita itu kecuali kenyataan Tek Peng bahawa dia berasal dari Sarawak.

Ibu bapa Jhun Guan kemudian memohon kepada Mahkamah Sesyen untuk mendapatkan perintah pengangkatan, yang dikeluarkan pada 20 Mei 2013.

Berdasarkan perintah pengangkatan itu, sijil kelahiran dikeluarkan untuk Jhun Guan pada November tahun sama mengenal pasti dia sebagai bukan warganegara.

Shamsulbahri juga menolak dakwaan Jhun Guan adalah anak dibuang keluarganya dan, oleh itu, berhak mendapat kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang menurut Seksyen 19B Bahagian III jadual kedua perlembagaan.

Pesuruhjaya kehakiman berkata, sebelum kanak-kanak boleh dianggap “dibuang”, penemuan itu mesti terlebih dahulu dilaporkan mengikut Seksyen 9 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957.

“Kedua, mana-mana orang yang ingin mengambil anak dibuang ke dalam jagaannya hendaklah memberitahu pelindung kanak-kanak itu seperti dikehendaki oleh Seksyen 35 Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, semua butiran penting berkaitan kelahiran Jhun Guan adalah “sama ada palsu atau diragui”.

“Adalah satu perkara tidak wajar bahawa pengenalan Seksyen 19B Bahagian III Jadual Kedua kepada Perlembagaan Persekutuan adalah untuk memberikan kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang kepada anak baru lahir yang tidak disembunyikan di Malaysia,” katanya.

Namun begitu, katanya, mahkamah memikul tanggungjawab untuk menghalang pemberian kewarganegaraan ini daripada disalahgunakan.

Memandangkan peningkatan dalam kes pemerdagangan manusia, mahkamah mesti “berhati-hati” dan menggunakan peruntukan itu hanya dalam “kes jelas dan tulen”, katanya.

“Saya bersimpati dengan (Jhun Guan) kerana ini bukan salahnya. Pintu untuk menjadi warganegara Malaysia masih belum tertutup (kepadanya). Dia boleh memperoleh kerakyatan secara naturalisasi bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link