Pelaburan

Ramasamy sedia kongsi amalan P. Pinang reformasi perkhidmatan awam

MGF30072018 Pertemuan Enam Mata 09 1

rumahkabin black

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy bersedia untuk berkongsi pengalaman kerajaan negeri dalam melaksanakan mereformasi perkhidmatan awam.

Menurut Ramasamy, dasar pengambilan perkerjaan di Pulau Pinang mungkin bukan sesuatu yang ideal tetapi bergerak melangkaui permainan catur pembangkang yang selalu mengadukan orang Melayu dengan orang bukan Melayu.

“Pembaharuan perkhidmatan awam bukan sekadar mengimbangi kepentingan etnik atau agama, tetapi lebih kepada tentang mengkaji secara serius dan terperinci tentang keperluan perkhidmatan berdasarkan pertimbangan etnik, jantina, merit dan kelas sosial.

“Hanya perspektif yang holistik tentang pembaharuan perkhidmatan awam boleh berjaya dilaksanakan di mana wujudnya fikiran yang tertanam secara dalam yang sedang merosakkan bangsa dan agama sekarang.

“Kerajaan perpaduan mungkin tidak bersifat reformis sepenuhnya tetapi dengan PH sebagai peneraju, pembaharuan perlu dihargai. Berdasarkan model Pulau Pinang, saya mencadangkan metodologi epistemologi yang berbeza yang boleh memintas kekacauan etnik semasa,” katanya.

Ramasamy berkata, apabila kerajaan Pakatan Rakyat menguasai pentadbiran negeri pada tahun 2008 terdapat kelemahan tatacara pengambilan terutama terhadap pengambilan orang Melayu, orang bukan Melayu dan wanita yang kompeten dan berkebolehan.

Pada tahun 2009 Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengeluarkan dasar yang dipanggil ‘pengambilan seimbang’ atau dasar ‘pekerjaan seimbang’ untuk meningkatkan taraf perkhidmatan awam negeri.

“Pelaksanaan metodologi ini dalam perundingan berkala dengan pelbagai jabatan sumber manusia menyaksikan peningkatan yang beransur-ansur dalam pengambilan orang Melayu, orang bukan Melayu dan golongan wanita yang berbakat.

“Pekerjaan diiklankan, calon ditapis sebelum temu duga, temu duga diadakan dan calon yang sesuai dan berbakat ditawarkan pekerjaan.

“Kaedah ini memastikan bahawa kedua-dua orang Melayu, orang bukan Melayu serta golongan wanita yang berkebolehan mempunyai peluang untuk diambil berdasarkan merit,” kata Ramasamy.

Metodologi pekerjaan yang seimbang katanya, telah meningkatkan penyertaan kualitatif orang bukan Melayu dan orang Melayu dalam sektor awam Pulau Pinang.

Menurut Ramasamy, kaum Melayu masih majoriti tetapi terdapat peningkatan yang ketara dalam memberi peluang pekerjaan kepada orang bukan Melayu dan wanita.

Ramasamy berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara sedar telah menjauhkan diri daripada terjebak dalam perangkap permainan ‘sifar etnik’.

Beliau menegaskan, tanggapan pekerjaan seimbang tidak hanya tertumpu pada pembaharuan ketidakseimbangan kaum tetapi mengambil kira soal merit dan kemasukan golongan wanita secara beransur-ansur.

“Oleh itu, di bawah sistem pengambilan pekerjaan ini, tiada tempat untuk pemindahan atau layanan keutamaan berdasarkan etnik atau kelas.

“Ia adalah carta pai yang berkembang dengan mengambil kira kepentingan kumpulan etnik, wanita dan kriteria prestasi berdasarkan merit.

“Metodologi pekerjaan seimbang telah meningkatkan prestasi perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Pulau Pinang sejak 15 tahun lalu,” kata Ramasamy.

Walau bagaimanapun menurut beliau, masih banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan.

Ramasamy berkata, walaupun terdapat batasan perlembagaan dan lain-lain, Pulau Pinang dengan mengambil kira faktor telah membuat permulaan dan pembaharuan yang ketara dalam mereformasikan perkhidmatan awam.-MalaysiaGazette

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link