Hartanah

Alat mainan seks bernilai RM1.1 juta dirampas

Alat mainan seks bernilai RM1.1 juta dirampas

rumahkabin black

SEBERANG PERAI – Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK) Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 22,929 alat mainan seks bernilai RM1.1 juta di sebuah gudang perkakasan di Bukit Mertajam di sini,15 Februari lalu.

Setiausaha Bahagian PKK, Nik Yusaimi Yussof berkata, dalam serbuan menerusi Ops Maya kira-kira pukul 12 tengah hari itu telah menahan seorang wanita berusia 29 tahun.

“Gudang terbabit dijadikan tempat penyimpanan alat mainan seks dan suspek mulai aktif menjualnya secara dalam talian sejak tahun lalu.

“Suspek yang juga pemilik gudang telah dituduh di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada 2 Mac lalu dan dihukum denda sebanyak RM5,000 selepas mengaku bersalah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana memudaratkan kemoralan serta Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan kerana mengedar atau menjual barang-barang lucah

Mengulas lanjut, beliau berkata, kesemua alatan permainan seks itu didapati dibawa masuk dari luar negara dan dijual pada harga RM70 sehingga RM450 seunit.

“Penjual boleh mengaut keuntungan sehingga dua kali ganda iaitu RM3.3 juta susulan permintaan tinggi daripada pelanggan.

“Justeru, operasi ini bertujuan untuk membanteras penjualan dan pembelian mainan seks kerana ia dilarang serta berlawanan daripada segi moral dan budaya negara ini,” ujarnya.

Jelas Nik Yusaimi, gejala tidak sihat seumpama itu dikhuatiri akan memudaratkan kepentingan awam selain menyeru orang ramai agar tidak terlibat dengan semua aktiviti berkaitan.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penjualan dan pengedaran alat mainan seks diminta menghubungi pihak KDN di talian: 03 8000 8000. – KOSMO! ONLINE

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link